Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Zenbook S 13 OLED_UX5304_Scenario photo_06

Tempah ASUS Zenbook S 13 Sekarang Dan Dapatkan ASUS ZenScreen Secara Percuma

Diterbitkan Mei 2, 2023 ยท Dikemas kini Mei 2, 2023 oleh ariff bukhari

ASUS telah melancarkan model komputer riba terbarunya, Zenbook S 13 OLED yang merupakan komputer riba OLED ternipis di dunia.

Untuk merancakkan lagi kehadiran komputer riba ini untuk pasaran Malaysia, ASUS Malaysia sedang mengadakan promosi istimewa ke atas tempahan awal varian Zenbook S 13 OLED yang dikuasakan cip pemprosesan Intel Core i7 yang berharga RM5,999.

Pelanggan ASUS yang menempah awal varian tersebut, anda akan turut berpeluang menerima skrin mudah alih, ASUS ZenScreen bersaiz 15.6 inci yang berharga RM1,099 secara percuma.

ASUS ZenScreen

Tempahan bagi Zenbook S 13 OLED UX5304 ini boleh dibuat secara atas talian di stor rasmi ASUS atau dari stor fizikal rasmi ASUS di seluruh Malaysia.

Hanya setebal 1 cm dan seringan 1kg sahaja, ASUS Zenbook S 13 OLED ini adalah komputer ultra nipis dan ultra ringan terbaik yang ada di pasaran ketika ini.

Ia ditawarkan dalam 2 varian iaitu yang dikuasakan oleh cip pemprosesan Intel Core i5-1335U, 16GB LPDDR5 RAM dengan storan 512GB berharga RM 4,999 dan Intel Core i7-1355U, 16GB LPDDR5 RAM, dengan storan 1TB berharga RM 5,999.

Berkaitan

  • 3 Ciri Yang Buatkan Samsung Galaxy A54 Calon 'Midrange' Terbaik Untuk Anda
  • ASUS Zenbook S 13 OLED Dilancarkan, Komputer Riba OLED Ternipis Di Dunia
  • vivo dan felement Adakan Pertandingan Sempena Hari Ibu Bapa, vivo V27 Antara Habuan

Sumber: Siaran Media ASUS

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Google Umum Pelaburan AS$15 Bilion Di Malaysia, Sasar 9,000 Pekerjaan Dengan Gaji Lebih Tinggi
  • Paras Gas Karbon Dioksida Dunia Telah Meningkat 3 Kali Ganda Sejak 1960 - WMO
  • HONOR Magic9 Pro Max Dengan Pengimejan ARRI Sah Ke Malaysia, Jadi Telefon Rasmi FFM35
  • UKM Jadi Institusi Pertama Di Asia Tenggara Guna Implan Suara Boleh Laras
  • Aplikasi Shopee Kini Ada Pembantu Beli-Belah 'Migoo AI'
  • Sam Altman: RAM Lebih Baik Digunakan Di Pusat Data Berbanding PC
  • Google Akan Sekat Akses Search Untuk Pelajar Jika Sekolah Tolak AI
  • Reddit Mula Uji Paparan Iklan Dalam Hasil Carian
©2026 WISER.MY