Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
‘Laptop Gaming’ Terbaru Acer Tiba Di Malaysia, Kuasa Grafik Dijana NVIDIA GeForce RTX 4060

‘Laptop Gaming’ Terbaru Acer Tiba Di Malaysia, Kuasa Grafik Dijana NVIDIA GeForce RTX 4060

Diterbitkan Mei 2, 2023 oleh ariff bukhari

Acer hari ini mengumumkan kehadiran model terbaru komputer riba permainan berprestasi tinggi untuk pasaran Malaysia.

Menerusi siri laptop gaming nya, Acer mengumumkan Predator Helios Neo 16 (PHN16-71) terbaru berprestasi yang diperlukan ‘kaki’ gaming.

Predator Helios Neo 16 dikuasakan oleh cip pemprosesan terbaru berprestasi tinggi dari Intel iaitu Intel Core HX Gen 13 dengan keupayaan RAM sehingga 16GB.

Kuasa grafiknya pula datang daripada cip grafik NVIDIA GeForce RTX 4060 di mana kuasa grafik maksimumnya mencecah sehingga 140W yang membolehkan pemain meneroka potensi dan pengalaman permainan mereka semaksimumnya.

Predator Helios Neo 16_1

Kuasa grafiknya diterjemahkan menerusi skrin 16 inci dengan kadar segar sehingga 165Hz yang tersedia sokongan ciri NVIDIA Advanced Optimus and G-SYNC.

Predator Helios Neo 16 ini ditawarkan pada harga yang cukup berpatutan iaitu bermula dari RM4,899 sahaja.

Berita baik juga untuk anda kerana Acer kini sedang mengadakan promosi untuk pelanggan yang menempah awal laptop ini menerusi stor konsep fizikal mereka di mana anda akan mendapat hadiah percuma istimewa yang bernilai lebih RM900.

Press Release Helios 16 Neo_ Order

Berkaitan

  • 3 Ciri Yang Buatkan Samsung Galaxy A54 Calon 'Midrange' Terbaik Untuk Anda
  • Sony Xperia 1 V Mungkin Diperkenalkan Pada 11 Mei Ini
  • Tempah ASUS Zenbook S 13 Sekarang Dan Dapatkan ASUS ZenScreen Secara Percuma

Sumber: Siaran Media Acer

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • MyDigital ID Nafi Guna Teknologi Blockchain Pihak Ketiga
  • HONOR 600S 5G Kini Dijual Di Malaysia, Bateri 8,100mAh Pada Harga RM1,299
  • CMF Perkenal Speaker S Dan Speaker M, Bateri Sehingga 18 Jam
  • COROS PACE 4 Pro Dilancar 21 Oktober Ini, Skrin Lebih Besar, Bateri Tahan Lama
  • Pengguna Nothing Mula Terima Kemas Kini Nothing OS 5.0
  • Pengguna WhatsApp Kelak Boleh Kongsi, Cipta 'Sticker' Berbunyi
  • Microsoft Perkenal Maia 300 Dengan Memori HBM4 288GB
  • Microsoft Mula Guna Cip AI Sendiri Dalam Pusat Data, Perlu Tenaga Setara Beberapa Loji Nuklear
©2026 WISER.MY