Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Windows 10

Microsoft Cadangkan Pengguna Windows 10 ‘Trade In’ Atau Kitar Semula PC Mereka

Diterbitkan Mac 24, 2025 · Dikemas kini Mac 24, 2025 oleh ariff bukhari

Usaha terkini Microsoft kini dilihat lebih ‘keras’ terhadap pengguna PC yang masih menjalankan sistem operasi Windows 10.

Ia selepas Microsoft mula menghantar emel kepada pengguna Windows 10 dengan mencadangkan mereka supaya trade in atau mengitar semula PC mereka itu bagi mendapatkan PC terbaru yang menjalankan sistem operasi Windows 11 terkini.

Microsoft Cadangkan Pengguna Windows 10 ‘Trade In’ Atau Kitar Semula PC Mereka

Dalam emel itu juga Microsoft memaklumkan, selepas 14 Oktober 2025, Microsoft tidak lagi akan menyediakan kemas kini perisian percuma daripada Tetapan Windows Update, bantuan teknikal atau pembetulan keselamatan untuk Windows 10.

Microsoft dilihat bergelut untuk menggalakkan pengguna PC beralih kepada Windows 11.

Ia selepas Windows 10 yang kini sudah berusia 10 tahun, masih digunakan oleh lebih daripada 58% pengguna PC di seluruh dunia, jauh mengatasi Windows 11 sekadar 38%, menurut data dari statcounter.

Berkaitan

  • Bajet Bawah RM1700, Anda Mungkin Tak Menyesal Beli Redmi Note 14 Pro+ 5G
  • Kajian Dedah 92% Pemain PC Masih Main 'Game' Lama
  • Risau Telefon Kena 'Malware'? Cepat Pasang Aplikasi Dari CyberSecurity Malaysia Ini

Sumber: Windows Latest

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Malaysia Tingkatkan Tahap Ancaman Keselamatan Siber Negara Daripada Rendah Kepada Sederhana
  • Google Umum Pelaburan AS$15 Bilion Di Malaysia, Sasar 9,000 Pekerjaan Dengan Gaji Lebih Tinggi
  • Paras Gas Karbon Dioksida Dunia Telah Meningkat 3 Kali Ganda Sejak 1960 - WMO
  • HONOR Magic9 Pro Max Dengan Pengimejan ARRI Sah Ke Malaysia, Jadi Telefon Rasmi FFM35
  • UKM Jadi Institusi Pertama Di Asia Tenggara Guna Implan Suara Boleh Laras
  • Aplikasi Shopee Kini Ada Pembantu Beli-Belah 'Migoo AI'
  • Sam Altman: RAM Lebih Baik Digunakan Di Pusat Data Berbanding PC
  • Google Akan Sekat Akses Search Untuk Pelajar Jika Sekolah Tolak AI
©2026 WISER.MY