Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Microsoft Buang Sokongan Audio Dolby Digital Dari Windows 11

Microsoft Buang Sokongan Audio Dolby Digital Dari Windows 11

Diterbitkan Mei 30, 2024 ยท Dikemas kini Mei 30, 2024 oleh ariff bukhari

Menerusi Windows 11 versi 24H2, Microsoft bertindak membuang sokongan ke atas fail audio codec AC-3, yang juga dikenali sebagai “Dolby Digital” untuk berbilang saluran atau “bunyi sekeliling”.

“Bermula dengan Windows 11, versi 24H2, codec AC-3 tidak lagi disertakan dengan Windows” Microsoft.

Codec ialah bit perisian yang membolehkan anda memainkan fail audio dan video yang berbeza pada komputer anda.

Secara lalai, sistem pengendalian Microsoft datang dengan banyak codec prabina, dengan lebih banyak lagi tersedia di Microsoft Store.

Microsoft tidak menjelaskan mengapa mereka memutuskan untuk mengalih keluar AC-3 daripada Windows 11 24H2

Walau bagaimanapun, anda tidak perlu panik kerana perubahan ini hanya terpakai untuk pemasangan sistem operasi yang baharu. Mengemas kini sistem semasa anda tidak akan mengalih keluar sokongan Dolby Digital ini.

Malah, jika anda mahukan codec audio itu, anda masih boleh dapatkannya dari aplikasi-aplikasi pihak ketiga yang lain seperti VLC yang menyokong AC-3 Codec.

Windows 11 versi 24H2 dijangka dilepaskan lewat tahun ini, di mana ia kini sudah tersedia untuk ujian awam menerusi Release Preview Channel.

Berkaitan

  • Berbekalkan RM2199, Anda Boleh Dapatkan PC Dengan Cip Intel 14th Gen
  • Bukan iPhone, Tapi Telefon Samsung Dan Xiaomi Adalah Yang Terhangat Di Pasaran Malaysia
  • Microsoft Tambah Bot Copilot Dalam Aplikasi Telegram

Sumber: Microsoft

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY