Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Microsoft Tambah Bot Copilot Dalam Aplikasi Telegram

Microsoft Tambah Bot Copilot Dalam Aplikasi Telegram

Diterbitkan Mei 29, 2024 oleh Amalina Athman

Copilot merupakan pembantu AI generatif yang dikuasakan oleh model GPT dan carian Bing, yang dibangunkan oleh Microsoft. Kini, Microsoft menambah bot sembang Copilot dalam aplikasi Telegram.

Berkaitan

  • Microsoft Copilot Kini Tersedia Untuk Peranti Android
  • Microsoft Lancar Copilot Pro, Pembantu AI Lebih Berkuasa Dengan Langganan ~RM 93/bulan
  • Berbekalkan RM2199, Anda Boleh Dapatkan PC Dengan Cip Intel 14th Gen

Microsoft berkata Copilot untuk Telegram merupakan projek beta, tetapi percuma untuk pengguna Telegram di pelbagai platform – Windows, macOS, Android, dan iOS.

Untuk mengaksesnya, cari @CopilotOfficialBot di Telegram atau lebih mudah tekan sahaja pada pautan ini. Pengguna kemudiannya perlu bersetuju dengan terma dan syarat serta berkongsi nombor telefon untuk pengesahan sekali sahaja bagi tujuan keselamatan.

Microsoft Tambah Bot Copilot Dalam Aplikasi Telegram
Microsoft Tambah Bot Copilot Dalam Aplikasi Telegram
Microsoft Tambah Bot Copilot Dalam Aplikasi Telegram

Seterusnya, pengguna boleh bersembang dengan Copilot untuk Telegram seperti perbualan biasa pada aplikasi pemesejan – termasuk mencari dan bertanya soalan.

Ia tidak jauh berbeza daripada Copilot lain, tetapi mempunyai beberapa had seperti hanya menyokong permintaan teks dan tidak boleh menjana imej. Selain itu, terdapat had penggunaan sebanyak 30 kali setiap hari.

Sumber: Microsoft Copilot

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY