Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Micron Lancar SSD 245TB Terbesar Dunia, 84 Kali Lebih Baik Untuk Pusat Data AI

Micron Lancar SSD 245TB Terbesar Dunia, 84 Kali Lebih Baik Untuk Pusat Data AI

Diterbitkan Mei 11, 2026 oleh ariff bukhari

Micron baru sahaja melancarkan SSD pusat data Micron 6600 ION berkapasiti 245TB, menjadikannya pemacu storan terbesar di dunia yang ada ketika ini.

Direka khusus untuk beban kerja AI, awan dan perusahaan berskala besar, ia menawarkan kecekapan rak yang jauh lebih tinggi berbanding HDD tradisional.

Dengan teknologi Micron G9 QLC NAND, ia bukan sahaja meningkatkan kepadatan storan, malah mengurangkan isu kelancaran dan kos penyelenggaraan.

Micron Lancar SSD 245TB Terbesar Dunia, 84 Kali Lebih Baik Untuk Pusat Data AI
Micron 6600 ION berkapasiti sehingga 245TB kini menjadi SSD berkapasiti tertinggi dunia, direka khas untuk AI, pengkomputeran awan dan pusat data. Ia mampu menyimpan lebih 176PB data bagi setiap rak sambil mengurangkan penggunaan tenaga, ruang storan dan keperluan infrastruktur tambahan.

Malah dari segi tenaga juga, SSD ini menggunakan sehingga 30W kuasa puncak, separuh daripada penggunaan HDD setara, sekali gus menyumbang kepada pengurangan pelepasan karbon sebanyak 438 metrik tan setahun.

Kecekapan tenaga yang 84 kali lebih baik untuk AI dan daya pemprosesan per watt 435 kali lebih tinggi, menjadikannya pilihan mampan untuk pusat data moden.

Micron 6600 ION hadir dalam format U.2 dan E3.L, dan akan dipamerkan di Dell Tech World 2026, menandakan era baharu dalam storan berkapasiti ultra tinggi.

Berkaitan

  • Direka untuk Esports, iQOO 15R Janjikan Pengalaman Gaming Mengujakan
  • KIOXIA Bawakan Prestasi Storan Pusat Data Ke PC Awam, Kelajuan Sehingga 10,300 MB/s
  • Windows 11 Rupanya Ada Ciri Pengurusan Storan Automatik, Ini Cara Aktifkannya

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Siri HUAWEI WATCH 6 Rasmi, Harga Bermula RM1,799
  • Inovasi Pelajar MRSM Tun Abdullah Ahmad Badawi Dinobatkan Sebagai Juara Junior Innovathon 2026
  • Portal Sekolahku Himpunkan Maklumat Sekolah Seluruh Negara Dalam Satu Platform
  • Guna AI Cari Kelemahan PS5, Penggodam Terima AS$50,000 Daripada Sony
  • Mini PC ROG Dengan RTX 5090 Ini Boleh Anda Milikinya Pada Harga RM38,759
  • Navigasi TuJu Belum Pulih, Kini Arahkan Pengguna Android Ke Google Maps
  • China Berjaya Sambungkan 'Power Bank' Karbon Dioksida Mampat Ke Grid Elektrik
  • Kekurangan RAM Dijangka Berlarutan Hingga 2030, Harga Peranti Mungkin Kekal Tinggi
©2026 WISER.MY