Michelle Yeoh Dinobatkan Pelakon Wanita Terbaik Filem Komedi Di Golden Globe Awards 2023

Tan Sri Michelle Yeoh telah dinobatkan sebagai pelakon wanita terbaik untuk filem komedi di Golden Globe Awards 2023 untuk wataknya Evelyn Quan Wang filem Everything Everywhere All At Once.

Kapsyen: Sumber: Matt Winkelmeye


Beliau menewaskan calon lain seperti Lesley Manville (Mrs Harris Goes to Paris), Margot Robbie (Babylon), Anya Taylor-Joy (The Menu) dan Emma Thompson (Good Luck to You, Leo Grande).



Dalam ucapannya penuh emosi di pentas, beliau berkongsi saat ketika pertama kali tiba di Hollywood di mana ada yang bertanya jika beliau mampu berbahasa Inggeris.

Balasnya sarkastik, penerbangan selama 13 jam ke sana membuatkan beliau mampu belajarnya dalam tempoh itu.
"I remember when I first came to Hollywood, it was a dream come true until I came here ... Someone said to me: 'You speak English?' And then I said: 'Yeah, the flight here was about 13 hours long so I learned."

Filem ini diterbitkan oleh A24 Studios manakala produsernya ialah adik-beradik Russo yang dikenali ramai antaranya untuk saga Infinity War oleh Marvel.



Menerima anugerah "Best Actress In a Motion Picture - Musical or Comedy", beliau yang kini berusia 61 tahun tidak dapat menahan emosi semasa memberi ucapan.
"Saya sudah berusia 60 tahun tahun lepas, saya fikir semua wanita faham perkara ini. Hari dan tahun berlalu, angka semakin besar, nampaknya peluang juga semakin tipis"

https://twitter.com/Variety/status/1612996280158158849?ref_src=twsrc%5Etfw%7Ctwcamp%5Etweetembed%7Ctwterm%5E1612996280158158849%7Ctwgr%5Edf9d5c4d969e131b6e16d98f512facdeb0a92847%7Ctwcon%5Es1_&ref_url=https%3A%2F%2Fvariety.com%2F2023%2Fawards%2Fnews%2Fmichelle-yeoh-everything-everywhere-all-at-once-golden-globes-best-actress-musical-comedy-1235478962%2F

Pengarahnya, Daniel Kwan dan Daniel Scheinert mula menulisnya pada 2016 untuk Jackie Chan namun kemudian dengan perubahan yang berlaku, ditawarkan pada Tan Sri Michelle Yeoh.

{suggest}

Anak kelahiran Ipoh ini menjadi orang Asia kedua memenangi Anugerah Golden Globe.

Selain beliau, augerah pelakon pembantu lelaki terbaik untuk filem dimenangi oleh Ke Huy Quan yang turut membintangi filem ini.

Kapsyen: Michelle Yeoh di karpet merah Golden Globe Awards 2023. Sumber: NBC


Ringkasnya, ia sebuah filem sains fiksyen yang membawakan konsep parallel universe akibat keputusan berbeza diambil seseorang.

Ditayangkan di Malaysia pada Mac 2022, Everything Everywhere All at Once kini boleh ditonton di Apple TV, Hulu dan Amazon. Malang sekali ia tidak tersedia di Netflix.

Gambar utama: Reuters