Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Cara Memadam Data “Browser” Aplikasi Facebook Pada iPhone

Meta Perkenal 2 Pilihan Tetapan Baru Untuk Facebook ‘Feed’

Diterbitkan Oktober 10, 2022 · Dikemas kini Oktober 10, 2022 oleh ariff bukhari

Sejak minggu lalu, Facebook mula menawarkan ciri baru untuk suapan (feed) di laman penggunanya iaitu tetapan pilihan Show more atau Show less daripada orang dan komuniti yang disambungkan serta suapan yang disyorkan oleh Facebook kepada penggunanya.

Memilih Show more akan meningkatkan skor kedudukan untuk suapan dan siaran seperti itu buat sementara waktu.

Tetapi jika anda memilih Show less, anda akan menurunkan skor kedudukannya buat sementara waktu.

Meta Perkenal 2 Pilihan Tetapan Baru Untuk Facebook ‘Feed’

Facebook memaklumkan, sistem kecerdasan buatan mereka kini lebih pintar dan lebih responsif.

Facebook menyatakan, ciri baru ini akan memaparkannya secara berkala pada siaran dalam Suapan.

Sementara untuk Reels pula, ciri tersebut masih dalam peringkat ujian.

Berkaitan

  • Bukan Telefon Pintar Sahaja, Peralatan Komunikasi & Wayarles Juga Wajib Ada Label MCMC
  • Rahsia Gambar 'Selfie' Cantik Akhirnya Terbongkar
  • Jom Serbu, iTworld Sedang Adakan Tawaran Tak Masuk Akal Untuk Siri iPhone 14
  • WhatsApp Kini Bolehkan Ahli 'Group' Keluar Secara Senyap
  • 6 Syarikat Telekomunikasi Sudah Tandatangan Perjanjian Penyediaan Akses 5G

Facebook juga memaklumkan tidak lama lagi, tetapan tersebut turut akan dimuatkan dalam menu tetapan Facebook yang boleh diakses di bahagian atas kanan aplikasi.

Facebook berkata, ciri seperti ini boleh membantu penggunanya menemui lebih banyak kandungan yang berharga kepada mereka dan mengurangkan daripada kandungan yang tidak dimahukan.

Sumber: Meta

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Stesen RTS Bukit Chagar Guna Sistem Imigresen NIISe Sepenuhnya - Bakal Pengguna Disaran Daftar Lebih Awal
  • Saman MCMC Tidak Jejas Pelaburan Berbilion Ringgit Google Di Malaysia - PM Anwar
  • Beli Peralatan Elektrik 'Online'? Semak 3 Perkara Ini Dahulu
  • Cara Pindahkan Mata Ganjaran Kad Mesra Lama Ke Aplikasi Setel
  • Penyelidik Jepun Hasilkan Sel Hibrid “Planimal” Daripada Alga Merah dan Sel Hamster
  • NVIDIA Dan KIOXIA Bekerjasama Uji Sistem AI Dengan 1.1 Petabait SSD
  • Cara 'Schedule Message' WhatsApp
  • (Ulasan) Nothing Headphone (1) Pro — Hampir Mencapai Tahap 'Pro' Sebenar
©2026 WISER.MY