Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
bajet 2023_6

6 Syarikat Telekomunikasi Sudah Tandatangan Perjanjian Penyediaan Akses 5G

Diterbitkan Oktober 10, 2022 · Dikemas kini Oktober 10, 2022 oleh Amalina Athman

Menteri Kewangan, Tengku Zafrul hari ini memaklumkan enam syarikat telekomunikasi (telco) telah memeterai perjanjian bagi penyediaan akses liputan 5G.

Enam syarikat telekomunikasi yang bersetuju untuk menyediakan akses liputan 5G adalah merujuk kepada YTL, Telekom Malaysia, Celcom, Digi, Maxis dan U Mobile.

Berkaitan

  • DNB Sasar 40% Liputan Rangkaian 5G Menjelang Akhir Tahun Ini
  • Bajet 2023: DNB Akan Perluas Rangkaian 5G Di Seluruh Negara

Beliau menjelaskan, enam pengendali rangkaian mudah alih (MNO) tersebut telah mencapai persetujuan mengenai semua terma dan syarat perjanjian capaian (AA) masing-masing dengan Digital Nasional Berhad (DNB) untuk mendapatkan perkhidmatan 5G secara borong, yang mana tertakluk kepada kelulusan Lembaga Pengarah masing-masing.

Sementara itu, bagi empat MNO yang telah menandatangani perjanjian langganan saham (SSA) bersama DNB, proses berkenaan akan dimuktamadkan selewat-lewatnya pada 30 Oktober 2022.

Bagi yang belum tahu, DNB merupakan satu-satunya pemborong tunggal infrastuktur 5G di Malaysia. Ini bermaksud, syarikat telekomunikasi yang ingin mendapatkan akses terhadap infrastruktur 5G perlu melalui DNB.

Dengan perjanjian akses yang telah dimeterai oleh enam telco bermakna, perkhidmatan rangkaian 5G akan diperluaskan di seluruh negara tidak lama lagi.

Sumber: Tengku Zafrul

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY