Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Instagram feature_2

Matikan Segera Tetapan Instagram Ini, Meta AI Benarkan Sesiapa Saja Guna Wajah Anda

Diterbitkan Julai 10, 2026 · Dikemas kini Julai 10, 2026 oleh ariff bukhari

Mungkin ramai yang belum tahu, Meta baru-baru ini telah pun melancarkan alat AI baharu yang dikenali sebagai Muse Image.

Muse Image adalah model penjanaan imej pertama dari Meta Superintelligence Labs yang Meta nyatakan ia sebagai “…rakan kreatif yang memahami dunia anda, memudahkan anda menukar idea menjadi visual berkualiti tinggi yang boleh anda muat turun dan kongsi di mana-mana, termasuk terus ke feed, story, atau chat anda.”

Tapi, apa yang tidak dijelaskan oleh pihak Meta kepada penggunanya dengan lebih terang adalah ciri ini juga membenarkan sesiapa sahaja menghasilkan imej AI menggunakan wajah anda hanya dengan menaip nama pengguna Instagram.

Kedengaran canggih, tetapi risiko privasi amat besar kerana anda tidak akan menerima sebarang notifikasi apabila imej anda digunakan.

Oleh itu, anda sangat disyorkan menyekat ciri ini dan segera menyemak tetapan di akaun Instagram anda dengan pergi ke Profile > Menu.

Kemudian, di bawah pernyataan “Bagaimana orang lain boleh berinteraksi dengan anda”, tap Sharing and reuse, kemudian matikan tetapan Posts and Reels reuse di bawah “Benarkan orang menggunakan semula kandungan anda di Instagram dan dengan ciri AI di Meta.”

Selepas itu, matikan tetapan pilihan “Posts and Reels”.

WhatsApp Image 2026-07-10 at 10.49.31

 

Walau bagaimanapun, langkah ini hanya menghalang penggunaan masa depan, imej yang sudah dihasilkan tetap kekal beredar.

Jadi, untuk pastikan akaun Instagram anda lebih privasi, tukarkan akaun anda dari Public kepada Private.

Selain itu, anda juga disyor mengaktifkan ciri pengesahan pelbagai faktor (MFA) pada semua akaun Meta.

Ini menambah lapisan keselamatan sekiranya berlaku cubaan penggodaman atau penipuan.

Ingat, foto awam di Instagram sudah lama menjadi sasaran untuk deepfake dan scam. Dengan AI generatif, penjenayah siber kini lebih mudah menggandakan usaha mereka.

Kesimpulannya, jangan tunggu sehingga identiti anda disalahgunakan.

Ambil langkah pencegahan sekarang: semak tetapan, aktifkan MFA, dan pertimbangkan untuk menjadikan akaun anda private.

Berkaitan

  • Direka untuk Esports, iQOO 15R Janjikan Pengalaman Gaming Mengujakan
  • 5 Langkah Wajib Untuk Elak Akaun WhatsApp Digodam
  • 91% Penonton Mahukan Teknologi 'Referee View' Diluaskan Ke Pelbagai Sukan Siaran Langsung

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY