Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Meta Perkenal Muse Spark – Model AI Pertama Dari Meta Superintelligence Labs

Meta Perkenal Muse Spark – Model AI Pertama Dari Meta Superintelligence Labs

Diterbitkan April 9, 2026 · Dikemas kini April 9, 2026 oleh Amalina Athman

Meta kini memperkenalkan Muse Spark, model kecerdasan buatan (AI) pertama dalam siri Muse yang dibangunkan oleh Meta Superintelligence Labs.

Muse Spark merupakan model multimodal yang boleh memahami dan berfikir menggunakan teks serta imej secara semula jadi. Ia menyokong penggunaan alat, visual chain of thought (penaakulan berantai melalui imej) dan multi-agent orchestration – iaitu keupayaan menjalankan beberapa ejen AI secara serentak untuk menyelesaikan tugas yang lebih kompleks.

Model ini direka khusus untuk ekosistem Meta, dengan integrasi yang lebih lancar merentasi aplikasi sedia ada. Pengguna boleh memilih antara mod “Instant” untuk jawapan cepat dan ringkas, atau mod “Thinking” yang memberi jawapan lebih mendalam dengan penaakulan terperinci.

Meta Perkenal Muse Spark – Model AI Pertama Dari Meta Superintelligence Labs

Muse Spark menunjukkan kekuatan dalam menjawab soalan kompleks berkaitan sains, matematik, kesihatan dan tugas multimodal. Contohnya, ia boleh menganalisis imej makanan untuk menganggarkan kandungan kalori, walaupun ketepatan fungsi sebegini masih belum konsisten.

Meta Perkenal Muse Spark – Model AI Pertama Dari Meta Superintelligence Labs

Aplikasi Meta AI dan laman web meta.ai akan menerima naik taraf dengan mod Instant dan Thinking di semua tempat yang sudah tersedia sebelum ini, bermula di Amerika Syarikat. Dalam beberapa minggu akan datang, Meta akan membawa ciri baharu ini ke lebih banyak negara dan platform lain, termasuk Instagram, Facebook, Messenger, WhatsApp serta cermin mata pintar AI Meta.

Meta juga akan menawarkan model ini dalam pratonton API kepada pengguna terpilih.

Selain itu, Meta turut memperkenalkan mod Contemplating. Mod ini akan menyusun beberapa ejen yang berfikir secara selari, membolehkan Muse Spark bersaing dengan mod penaakulan paling canggih milik model terkini seperti Gemini Deep Think dan GPT Pro.

Contemplating Muse Spark

Dalam ujian, mod ini mencapai 58% pada Humanity’s Last Exam dan 38% pada FrontierScience Research. Mod Contemplating akan dilancarkan secara berperingkat di meta.ai.

Berkaitan

  • Pengguna Di Malaysia Kini Boleh Akses Meta AI
  • ‘Hype’ Atau Tidak, Ini Yang OPPO Reno15 Sebenarnya Boleh Buat
  • Pengguna Facebook Kini Boleh 'Hidupkan' Gambar Profil Dengan Meta AI
  • Meta Perkenal Alat Pengesanan Penipuan Di Facebook, WhatsApp, Messenger

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY