Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Facebook Verified

Meta Perkenal Facebook Verified – Lencana Percuma Untuk Sahkan Profil Pengguna

Diterbitkan Julai 24, 2026 · Dikemas kini Julai 25, 2026 oleh Amalina Athman

Meta kini memperkenalkan Facebook Verified, iaitu lencana (badge) pengesahan percuma yang membolehkan pengguna mengenal pasti sama ada sesuatu profil benar-benar dimiliki oleh individu sebenar.

Pengesahan dibuat melalui video swafoto

Sebelum itu, perlu diketahui bahawa Facebook Verified tidak sama dengan Meta Verified. Jika Meta Verified merupakan langganan berbayar yang menawarkan lencana pengesahan (badge biru) bersama beberapa manfaat tambahan, Facebook Verified pula ialah ciri percuma yang bertujuan mengesahkan sesuatu profil dimiliki oleh individu sebenar.

Facebook Verified menggunakan proses pengesahan berasaskan video swafoto yang ringkas. Facebook kemudiannya akan membandingkan dengan gambar profil sedia ada bagi mengesahkan padanan identiti.

Menurut Meta, proses ini adalah percuma sepenuhnya dan kebiasaannya hanya mengambil masa beberapa minit.

https://wiserspace.sgp1.digitaloceanspaces.com/wp-content/uploads/2026/07/24224851/02_Verification_Flow.mp4

Bagaimanapun, hanya pengguna Facebook berumur 18 tahun ke atas yang mempunyai rekod pematuhan yang baik terhadap Piawaian Komuniti, termasuk tiada sejarah penipuan atau tingkah laku tidak tulen, layak menerima pengesahan ini. Buat masa ini, Facebook Verified tidak ditawarkan untuk Pages atau akaun ProMode.

Lencana dipaparkan di beberapa bahagian Facebook

Setelah disahkan, lencana Facebook Verified akan dipaparkan pada profil serta beberapa ciri utama Facebook termasuk Marketplace, Dating dan Groups. Meta turut merancang untuk memaparkannya pada siaran di Feed pada masa akan datang.

Pengguna hanya perlu melalui proses pengesahan sekali dan lencana tersebut akan digunakan merentas Facebook tanpa sebarang yuran langganan.

https://wiserspace.sgp1.digitaloceanspaces.com/wp-content/uploads/2026/07/24224844/03_Profile_Checkmark.mp4

Meta menjelaskan lencana ini hanya mengesahkan sesuatu profil dimiliki oleh individu sebenar yang telah melengkapkan proses pengesahan dan memenuhi piawaian keselamatan platform.

Namun, ia bukan jaminan pengguna tersebut boleh dipercayai atau disokong oleh Facebook. Semua akaun masih tertakluk kepada Piawaian Komuniti dan polisi Meta yang lain.

Ketersediaan

Meta Perkenal Facebook Verified – Lencana Percuma Untuk Sahkan Profil Pengguna

Facebook Verified kini dilancarkan secara berperingkat, bermula di beberapa pasaran terpilih, sebelum diperluaskan ke lebih banyak negara.

Berkaitan

  • vivo X300 FE VS vivo X300 Ultra: Sama DNA ZEISS, Tapi Ini Bezanya Yang Anda Wajib Tahu Sebelum Beli
  • WhatsApp Plus Mula Ditawarkan Di Malaysia, Harga RM3.50/Bulan
  • Facebook Perkenal AI Mode - Jawapan Carian Berdasarkan Perkongsian Awam Pengguna
  • Pengguna Instagram Kini Boleh Tukar Lagu Pada Siaran Lama Tanpa Muat Naik Semula

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY