Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
instagram remaja

Pengguna 16 Tahun Ke Bawah Dipindah Ke Akaun Remaja Instagram, 6 Tetapan Ini Perlu Kebenaran Ibu Bapa

Diterbitkan September 18, 2024 · Dikemas kini September 18, 2024 oleh ariff bukhari

Remaja 16 tahun dan ke bawah kini memerlukan kebenaran ibu bapa untuk menukar tetapan perlindungan dalam Instagram.

Ia selepas Meta memperkenalkan Akaun Remaja Instagram yang meletakkan remaja secara automatik dalam perlindungan terbina dalam platform media sosial itu.

“Kami akan meletakkan remaja secara automatik ke dalam Akaun Remaja dan remaja di bawah 16 tahun memerlukan kebenaran ibu bapa untuk menukar mana-mana tetapan ini menjadi kurang ketat.”

Meta menyatakan, Akaun Remaja mempunyai perlindungan terbina yang mengehadkan orang yang boleh menghubungi mereka dan kandungan yang mereka lihat, dan juga menyediakan cara baharu untuk remaja meneroka minat mereka.

Perlindungan Akaun Remaja baharu ini direka untuk menangani kebimbangan terbesar ibu bapa, termasuk dengan siapa anak remaja mereka bercakap dalam talian, kandungan yang mereka lihat dan sama ada masa mereka dihabiskan dengan baik.

Perlindungan ini dihidupkan secara automatik dan remaja perlukan kebenaran ibu bapa untuk mengubah tetapan di bawah ini kurang ketat:

  1. Akaun peribadi (Private accounts)
  2. Sekatan pemesejan (Messaging restrictions)
  3. Sekatan kandungan sensitif (Sensitive content restrictions)
  4. Interaksi terhad (Limited interactions)
  5. Peringatan had masa (Time limit reminders)
  6. Mod tidur (Sleep mode enabled)
03_Built-in-protections instagram remaja
instagram remaja 04_More-ways-for-parents-to-get-involved

Meta memaklumkan, mereka akan mula meletakkan remaja yang mendaftar untuk Instagram ke dalam Akaun Remaja dan akan memberitahu remaja yang sudah menggunakan Instagram tentang perubahan ini supaya mereka boleh mula memindahkan pengguna remaja ke dalam Akaun Remaja minggu depan.

Meta merancang untuk meletakkan remaja di AS, UK, Kanada dan Australia ke dalam Akaun Remaja dalam masa 60 hari. Pengguna remaja di Kesatuan Eropah pula akan dipindahkan ke Akaun Remaja akhir tahun ini.

Manakala remaja di seluruh dunia akan mula mendapat Akaun Remaja mereka  pada Januari tahun hadapan.

Malah, Meta turut menyatakan bahawa mereka akan membawa Akaun Remaja ke platform mereka yang lain pada tahun depan.

Berkaitan

  • Lebih Jimat Lagi Berbaloi, Beli 1 PC Ni Je Boleh Diguna 4 Orang Serentak
  • Beli PC Ini: Waranti 3 Tahun, RAM 32GB, GPU 8GB...Semuanya Bawah RM3699
  • Kemas Kini Sistem PS5 Tambah Welcome Hub, Party Share, Profil Audio 3D Peribadi, Dan Banyak Lagi
  • Dapat iPhone 16 Kedua Dengan Hanya RM1, Ini Caranya

Sumber: Meta

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY