Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Facebook Dan Messenger Kini Ikut Jejak Instagram Lindungi Remaja Secara Automatik

Facebook Dan Messenger Kini Ikut Jejak Instagram Lindungi Remaja Secara Automatik

Diterbitkan April 9, 2025 oleh Amsyar Latif

Instagram memperkenalkan ciri baharu iaitu Teen Accounts, yang menawarkan perlindungan khas untuk pengguna remaja, termasuk had interaksi dengan orang tidak dikenali serta kandungan sensitif.

Akaun ini dikuatkuasakan secara automatik kepada remaja bawah 16 tahun, dengan 97% pengguna kekal dalam tetapan ketat tersebut.

Instagram turut menambah sekatan baharu, seperti perlunya kebenaran ibu bapa sebelum remaja di bawah 16 tahun membuat siaran langsung atau menyahaktifkan ciri kabur imej sensitif dalam mesej langsung (DM).  

Facebook Dan Messenger Kini Ikut Jejak Instagram Lindungi Remaja Secara Automatik

Kini, ciri Teen Accounts diperluaskan pula ke Facebook dan Messenger, menawarkan kawalan serupa bagi menghadkan kandungan tidak sesuai serta interaksi yang tidak diingini.

Setakat ini, terdapat lebih 54 juta Teen Accounts aktif di seluruh dunia, yang turut menerima tetapan privasi automatik, notifikasi dimatikan pada waktu malam, peringatan had masa penggunaan, serta sekatan mesej daripada individu yang tidak dikenali.

Menurut kajian Meta bersama Ipsos, 94% ibu bapa di AS berpendapat Teen Accounts membantu mereka memantau pengalaman positif remaja di media sosial. Meta komited untuk terus mempertingkatkan keselamatan pengguna remaja di kesemua aplikasinya.

Berkaitan

  • Ini Teknologi Bilik Darjah Yang Ramai Tak Sangka Dah Ada Di Malaysia
  • WhatsApp Uji Widget Baharu, Mudah Untuk Akses Meta AI
  • Llama 4: AI Baharu Meta Yang Kurang Berat Sebelah

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Universiti Nasional Singapura Cipta Fabrik Dengan Skrin Sentuh Terbina Pertama Di Dunia
  • Yes Dan Ryt Bank Kini Jadi Rakan Penaja Rasmi FAM
  • Tentera Laut AS Berjaya Uji Kawal Dron MQ-25A Dari Kapal Pengangkut Sejauh 3,380km
  • BYD Perinci Pelaksanaan Flash Charging Di Malaysia, DENZA Z9GT Sokong Cas 5 Minit
  • Sony Perkenal Sensor Imej 1mm Untuk Endoskop Pakai Buang
  • Apa Itu 'Timing Chip' Dan Bagaimana Ia Digunakan Dalam Maraton?
  • Virgin Galactic Perkenal Apeiron, Sasar Bawa Pelancong Ke Angkasa Pada 2027
  • Syarikat Semikonduktor Korea Selatan Perkenal LED Putih Tanpa Unsur Nadir Bumi
©2026 WISER.MY