Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Didakwa Jejak Pengguna iPhone Tanpa Kebenaran, Meta Berdepan Tuntutan Mahkamah

Meta Dilapor Bakal Lancar Jam Tangan Pintar Pertama Tahun Ini

Diterbitkan Februari 19, 2026 ยท Dikemas kini Februari 19, 2026 oleh Amalina Athman

Meta dilaporkan merancang untuk melancarkan jam tangan pintar pertamanya pada tahun ini.

Menurut laporan The Information, Meta telah menghidupkan semula projek jam tangan pintar berkod nama “Malibu 2”. Peranti itu dikatakan akan dilengkapi ciri penjejakan kesihatan serta fungsi berasaskan kecerdasan buatan (AI), termasuk pembantu AI.

Sebelum ini, Meta pernah membatalkan pembangunan jam tangan pintarnya pada 2022 sebagai sebahagian daripada langkah pengurangan perbelanjaan yang lebih besar dalam unit Reality Labs milik syarikat itu.

Jika model Malibu 2 berjaya direalisasikan, ia dijangka meningkatkan persaingan dalam pasaran peranti boleh pakai, terutamanya dengan Apple Watch. Dalam masa sama, Apple turut dikhabarkan sedang membangunkan cermin mata pintar berasaskan AI dan berpotensi dilancarkan seawal tahun depan.

Cermin mata pintar berasaskan AI kini muncul sebagai antara kategori yang semakin mendapat perhatian, dengan teknologi Meta digunakan pada cermin mata keluaran jenama Ray-Ban. Menurut data daripada Smart Analytics Global, jumlah penghantaran peranti itu meningkat kepada hampir 6 juta unit sepanjang tahun lalu.

Dalam pada itu, laporan sama turut menyatakan Meta kini mempunyai kira-kira empat projek cermin mata augmented reality dan mixed reality yang sedang dibangunkan. Namun, syarikat itu sedang menilai semula garis masa pelancaran bagi mengelakkan terlalu banyak peranti diperkenalkan dalam tempoh singkat, yang berpotensi mengelirukan pengguna.

Berkaitan

  • Meta Ray-Ban Display Dilancarkan Dengan Skrin Terbina, Gelang EMG
  • Ray-Ban Meta (Gen 2) Kini Rasmi - Rakaman 3K, Bateri Tahan Lebih Lama
  • Pengguna Di Malaysia Kini Boleh Akses Meta AI
  • Skrin Tak Silau, Stylus Lebih Pintar, Kenapa HUAWEI MatePad 12 X 2026 Rasa Berbeza

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Malaysia Tingkatkan Tahap Ancaman Keselamatan Siber Negara Daripada Rendah Kepada Sederhana
  • Google Umum Pelaburan AS$15 Bilion Di Malaysia, Sasar 9,000 Pekerjaan Dengan Gaji Lebih Tinggi
  • Paras Gas Karbon Dioksida Dunia Telah Meningkat 3 Kali Ganda Sejak 1960 - WMO
  • HONOR Magic9 Pro Max Dengan Pengimejan ARRI Sah Ke Malaysia, Jadi Telefon Rasmi FFM35
  • UKM Jadi Institusi Pertama Di Asia Tenggara Guna Implan Suara Boleh Laras
  • Aplikasi Shopee Kini Ada Pembantu Beli-Belah 'Migoo AI'
  • Sam Altman: RAM Lebih Baik Digunakan Di Pusat Data Berbanding PC
  • Google Akan Sekat Akses Search Untuk Pelajar Jika Sekolah Tolak AI
©2026 WISER.MY