Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
PUSAT DATA AI Met

Meta Bina Pusat Data Ke-29 Berskala 1GW

Diterbitkan Oktober 21, 2025 · Dikemas kini Oktober 21, 2025 oleh ariff bukhari

Meta memulakan pembinaan pusat data ke-29 mereka di El Paso, Texas, yang direka khas untuk menyokong beban kerja AI masa kini dan masa depan.

Dengan kapasiti sehingga 1GW, fasiliti ini akan menjadi tulang belakang kepada pembangunan model AI canggih seperti pembantu pintar dan alat suntingan video.

Projek ini dijangka menjana 1,800 peluang pekerjaan pembinaan dan 100 jawatan operasi pada fasa awal, dengan pelaburan melebihi AS$1.5 bilion.

Meta Bina Pusat Data Ke-29 Berskala 1GW
Ini juga merupakan pusat data ketiga Meta di Texas.

Meta turut komited terhadap kelestarian dengan sistem penyejukan tertutup tanpa penggunaan air sepanjang tahun dan sasaran menjadi “water positive” menjelang 2030.

Ia bermaksud Meta akan memulihkan lebih banyak air daripada yang mereka gunakan dengan di El Paso, Meta menyatakan bahawa mereka akan memulihkan 200% daripada air yang digunakan oleh Pusat Data El Paso kembali ke tadahan air tempatan.

Tenaga elektrik pusat ini akan dipadankan 100% dengan sumber tenaga boleh diperbaharui.

Meta juga bekerjasama dengan komuniti tempatan melalui program latihan AI dan geran komuniti, serta projek pemulihan air bersama DigDeep dan Texas Water Action Collaborative.

Berkaitan

  • AI Jadi Hos TV, Penyampai TV Di China Kini Berdepan Cabaran Getir
  • ‘Trade-In’ Dengan Maxis, Dapat Telefon Baru Dari RM0
  • Sarawak Jalin Kerjasama Dengan Korea Selatan Bangun Cip AI Dan Semikonduktor

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Malaysia Tingkatkan Tahap Ancaman Keselamatan Siber Negara Daripada Rendah Kepada Sederhana
  • Google Umum Pelaburan AS$15 Bilion Di Malaysia, Sasar 9,000 Pekerjaan Dengan Gaji Lebih Tinggi
  • Paras Gas Karbon Dioksida Dunia Telah Meningkat 3 Kali Ganda Sejak 1960 - WMO
  • HONOR Magic9 Pro Max Dengan Pengimejan ARRI Sah Ke Malaysia, Jadi Telefon Rasmi FFM35
  • UKM Jadi Institusi Pertama Di Asia Tenggara Guna Implan Suara Boleh Laras
  • Aplikasi Shopee Kini Ada Pembantu Beli-Belah 'Migoo AI'
  • Sam Altman: RAM Lebih Baik Digunakan Di Pusat Data Berbanding PC
  • Google Akan Sekat Akses Search Untuk Pelajar Jika Sekolah Tolak AI
©2026 WISER.MY