Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Pengimbas CT Kini Diguna Untuk Imbas Kandungan Pek Kad Pokemon

Pengimbas CT Kini Diguna Untuk Imbas Kandungan Pek Kad Pokemon

Diterbitkan Disember 15, 2024 · Dikemas kini Disember 15, 2024 oleh ariff bukhari

Aadalah biasa Mesin pengimbas CT (CT Scan) digunakan dalam bidang perubatan bagi membantu para doktor melihat hampir semua bahagian badan untuk mendiagnosis penyakit atau kecederaan serta merancang rawatan perubatan, pembedahan dan lain-lain.

Tetapi siapa menyangka ia kini digunakan untuk tujuan yang agak kontroversi.

Pengimbas CT Kini Diguna Untuk Imbas Kandungan Pek Kad Pokemon
Kredit: mayoclinic.org

Bermula dengan pencarian Charizard dari pek kad Pokemon, sebuah syarikat yang memfokuskan pada sinar-X industri dan imbasan CT dalam bidang perubatan dan aeroangkasa, IIC (Industrial Inspection and Consulting) kini beralih kepada servis mengimbas industri kad dagangan dan kotak pula.

Syarikat itu yang merupakan pertama di dunia menawarkan perkhidmatan unik ini telah memperoleh beribu-ribu pelanggan apabila semuanya memilih untuk mengintip kad mereka sebelum mengoyakkan pek atau kotak misteri sejak menawarkan servis itu.

Ini sekali gus menghapuskan elemen misteri yang telah lama menjadi tarikan utama kepada para pengumpul kad dagangan yang belum dikoyak ini.

Pengimbas CT Kini Diguna Untuk Imbas Kandungan Pek Kad Pokemon
Charizard dalam Pek Seni Charizard Edisi Pertama yang diimbas ICC.

Ambil contoh kes Bola Sepak Tanpa Cacat Panini 2023 Di Luar Talian. Setiap kes disertakan dengan dua kotak.

Setiap kotak disertakan dengan satu pek 10 kad. Pada harga $15,000 satu kes, pengumpul sanggup membayar IIC pada kadar $650 setiap kes produk itu untuk mendapatkan imbasan CT yang akan membolehkan mereka menilai produk itu.

Pengimbas CT Kini Diguna Untuk Imbas Kandungan Pek Kad Pokemon
Pengimbas CT Kini Diguna Untuk Imbas Kandungan Pek Kad Pokemon
Contoh hasil imbasan CT untuk pek Kad Bola Keranjang 2012 PANINI PRIZM.

 

Walau bagaimanapun, tidak semua bersetuju dengan penggunaan teknologi ini untuk mengimbas kad dagangan.

Antara yang menentang penggunaan mesin tersebut adalah Nick Andrews, hos bersama podcast Sports Card Madness di mana dia dengan lantang menyatakan bagaimana ini boleh menjadi kebimbangan penting dalam hobi.

“Apa yang mereka lakukan dengan kad imbasan CT ini bukanlah masalah mereka. Anda tahu, mereka bukan peminat hobi itu.”

Eric Doty, Ketua Pegawai Eksekutif Loupe, dari platform penstriman langsung untuk vendor dalam talian yang turut mengulas isu ini berkata,

“Saya amat menggalakkan pengumpul untuk membeli daripada kedai yang mereka percayai. Keuntungan jangka pendek yang anda peroleh daripada pengimbasan tidak sepadan dengan risiko kehilangan keseluruhan perniagaan anda kerana melanggar kepercayaan itu.”

Sumber dari dalam Fanatics Collectibles pula menyatakan bahawa pihak mereka sedang mengambil sebarang isu yang berpotensi membahayakan pengumpul dengan sangat serius.

Oleh itu, mereka sedang mengusahakan inovasi dan penyelesaian untuk menangani isu tersebut walaupun penggunaan pengimbas CT masih tidak digunakan secara meluas pada masa ini.

Respon terhadap tentangan yang diterima mereka, IIC telah mengeluarkan kenyataan berikut:

“Kami sedar dan berusaha melalui dilema moral koleksi tertutup pengimbasan CT. Kedudukan objektif kami adalah satu keupayaan saintifik dan hasil yang dipacu data. Bukan tanggungjawab kami untuk menentukan kedudukan dan etika pilihan orang lain dan kami tidak menerima tanggungjawab atas tindakan mereka.”

Berkaitan

  • Produk Elektronik Pilihan: Jimat Besar Di Shopee, Patut Masuk ‘Wishlist’ Anda
  • Harga Bateri EV Junam Mendadak Lebih Cepat Dari Dijangka - Bloomberg
  • Filem Zombi Dengan Bajet RM333.75 Juta Ini Didapati Dirakam Menggunakan iPhone 15 Pro Max

Sumber: New York Times, Industrial Inspection and Consulting

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Mini PC ASUS ProArt GR1X Dengan NVIDIA RTX Spark Berharga RM25,200 Di Malaysia
  • Tiga Angkasawan Termasuk Seorang Dari Pakistan Berjaya Berlepas Ke Stesen Angkasa Tiangong
  • YTL AI Lab Lancar Cikgu ILMU, AI Percuma Bantu Ibu Bapa Bimbing Pembelajaran Anak
  • XPENG Perkenal WorldGPT, Model AI Fizikal Untuk Kereta, Robot Dan Dron
  • Kioxia Bangunkan Memori Flash Baharu, 135% Lebih Cekap Tenaga Ketika Membaca Data
  • Samsung Lancar Monitor Gaming Dengan Kadar Segar Semula 1,100Hz Pertama Di Dunia
  • Kerajaan Teliti Pindaan Undang-Undang Bagi Paparan Kad Pengenalan Secara Digital – Gobind
  • Huawei Bebas Tuduhan Jenayah Terancang Di AS, Bersalah Atas 10 Pertuduhan Lain
©2026 WISER.MY