Filem zombi terbaru arahan Danny Boyle yang akan datang, ‘28 Years Later‘, didapati telah dirakam pada musim panas lalu dengan menggunakan telefon pintar Apple iPhone 15 yang dilengkapi dengan pelbagai aksesori tambahan untuk pembikinannya.
Ini menjadikan filem Hollywood itu, dengan bajet USD75 juta (~RM333.75 juta) sebagai filem terbesar setakat ini yang dihasilkan dengan telefon pintar.
Filem 28 Years Later, yang akan ditayangkan pada Jun 2025 nanti, ialah filem susulan 28 Days Later yang diterbitkan pada tahun 2002 dan 28 Weeks Later (200) dahulu yang merupakan filem pertama yang menggambarkan zombi bergerak pantas yang menakutkan, bukannya bergerak meleset perlahan.
Penggambaran 28 Years Later telah pun selesai pada penghujung Ogos, dan sehingga kini produksi masih merahsiakan fakta bahawa filem itu dirakam menggunakan telefon pintar Apple, di mana kakitangan filem itu telah diminta menandatangani NDA menghalang pendedahan butiran ini.
Penggunaan telefon pintar Apple sebagai sistem kamera utama untuk pembikinan 28 Years Later juga telah disahkan kepada laman WIRED oleh beberapa orang yang berkaitan dengan filem itu, dengan memperincikan bahawa model yang digunakan ialah iPhone 15 Pro Max.
iPhone 15 Pro Max boleh merakam video Apple ProRes (codec video Apple, dikeluarkan pada tahun 2007) dalam profil warna log pada resolusi 4K.
Rakaman Log (singkatan daripada “logaritma”) mengekalkan lebih banyak maklumat imej dalam sorotan dan bayang-bayang, membolehkan lebih fleksibiliti dalam pengeditan warna, kontras dan sorotan pasca pengeluaran.
Treler filem 28 Years Later sudah pun dikeluarkan yang diterbitkan oleh Sony Pictures Entertainment dengan tayangannya ditetapkan pada 20 Jun 2025.
{suggest}
Sumber: Wired