Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Menteri Pengangkutan Malaysia – Penunggang P-Hailing Wajib Daftar Di Aplikasi MySejahtera

Menteri Pengangkutan Malaysia – Penunggang P-Hailing Wajib Daftar Di Aplikasi MySejahtera

Diterbitkan April 21, 2020 oleh Amalina Athman

Kementerian Pengangkutan telah mengeluarkan kenyataan mengenai garis panduan untuk perkhidmatan penghantaran makanan dan bungkusan menggunakan motosikal atau p-hailing (parcel-hailing) sepanjang penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong berkata, mana-mana syarikat yang menyediakan perkhidmatan p-hailing perlu mematuhi beberapa garis panduan yang ditetapkan.

KENYATAAN MEDIA MENTERI PENGANGKUTAN MALAYSIA
GARIS PANDUAN UNTUK PERKHIDMATAN PENGHANTARAN MAKANAN DAN BUNGKUSAN MENGGUNAKAN MOTOSIKAL (PARCEL HAILING – P HAILING) pic.twitter.com/6rKpplrpbv

— Kementerian Pengangkutan Malaysia (@MOTMalaysia) April 20, 2020

Antara garis panduan itu termasuk kesemua penunggang p-hailing diwajibkan memuat turun dan mendaftar aplikasi kendalian MKN iaitu MySejahtera melalui Play Store, App Store atau HUAWEI AppGallery, serta perlu menunjukkan bukti pendaftaran kepada pihak penguatkuasa.

Aplikasi ini dibangunkan untuk memberikan kemudahan bagi membantu individu mendapatkan bantuan kesihatan dan tindakan yang perlu diambil jika dijangkiti Covid-19 serta mengenal pasti hospital atau klinik terdekat untuk mendapatkan pemeriksaan dan rawatan Covid-19.

Dalam pada itu, penunggang p-hailing turut diwajibkan memiliki lesen memandu penuh (CDL) yang sah dan berumur tidak kurang daripada 18 tahun, selain bebas daripada senarai hitam Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) atau Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY