Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Aplikasi MySejahtera Dilancarkan Oleh Kerajaan Malaysia, Pengguna Boleh Laksana Penilaian Kesihatan Sendiri

Aplikasi MySejahtera Dilancarkan Oleh Kerajaan Malaysia, Pengguna Boleh Laksana Penilaian Kesihatan Sendiri

Diterbitkan April 6, 2020 ยท Dikemas kini April 7, 2020 oleh Amalina Athman

Aplikasi MySejahtera telah dilancarkan oleh Kerajaan Malaysia bagi membendung penularan wabak COVID-19 di dalam negara dengan membolehkan pengguna melaksanakan penilaian kesihatan sendiri. Pada masa yang sama, ia membantu Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mendapat maklumat awal untuk mengambil tindakan yang cepat dan berkesan.

Aplikasi ini dibangunkan melalui kerjasama strategik Majlis Keselamatan Negara (MKN), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) serta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

mysejahtera

Melalui aplikasi ini, ia memberikan kemudahan untuk membantu individu mendapatkan bantuan kesihatan dan tindakan yang perlu diambil jika dijangkiti COVID -19 serta mengenal pasti hospital atau klinik terdekat untuk mendapatkan pemeriksaan dan rawatan COVID -19.

Aplikasi MySejahtera Dilancarkan Oleh Kerajaan Malaysia, Pengguna Boleh Laksana Penilaian Kesihatan Sendiri

 

Antara peranti yang menyokong aplikasi MySejahtera adalah peranti yang menggunakan sistem operasi Android versi 4.4 dan iOS 11 ke atas. Aplikasi percuma ini boleh dimuat turun di Galeri Aplikasi Mudah Alih Kerajaan Malaysia (GAMMA), App Store, Play Store dan Huawei AppGallery.

Untuk maklumat lanjut mengenai pendaftaran aplikasi ini, layari laman sesawang MySejahtera.

Sumber: FAQ MySejahtera

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Universiti Nasional Singapura Bangunkan Skrin Sentuh Dalam Lengan Baju, Didakwa Pertama Di Dunia
  • Yes Dan Ryt Bank Kini Jadi Rakan Penaja Rasmi FAM
  • Tentera Laut AS Berjaya Uji Kawal Dron MQ-25A Dari Kapal Pengangkut Sejauh 3,380km
  • BYD Perinci Pelaksanaan Flash Charging Di Malaysia, DENZA Z9GT Sokong Cas 5 Minit
  • Sony Perkenal Sensor Imej 1mm Untuk Endoskop Pakai Buang
  • Apa Itu 'Timing Chip' Dan Bagaimana Ia Digunakan Dalam Maraton?
  • Virgin Galactic Perkenal Apeiron, Sasar Bawa Pelancong Ke Angkasa Pada 2027
  • Syarikat Semikonduktor Korea Selatan Perkenal LED Putih Tanpa Unsur Nadir Bumi
©2026 WISER.MY