Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
tnb 2

Menara TNB Di Sebelah Jambatan Pulau Pinang Kini Beroperasi Sepenuhnya

Diterbitkan Januari 3, 2025 · Dikemas kini Januari 3, 2025 oleh ariff bukhari

Projek Menara Penghantaran Monopole Tenaga Nasional Berhad (TNB) yang bernilai RM500 juta di Pulau Pinang telah pun mula beroperasi sepenuhnya pada 22 Disember 2024 lepas.

Projek ini yang bermula pada penghujung 2022 yang melibatkan sambungan elektrik terus melalui talian atas monopole 275kV sepanjang 8.5 km  terletak bersebelahan selari dengan Jambatan Pulau Pinang.

Projek ini yang menghubungkan Pencawang Masuk Utama (PMU) Stesen Janakuasa (SJ) Perai ke PMU The Light, melibatkan 31 menara monopole dengan reka bentuk buah pinang, mencerminkan budaya tempatan dan menambah daya tarikan estetika.

Lampu menara berwarna biru, kuning, dan putih, simbolik kepada bendera negeri, dinyalakan sebagai tarikan pelancongan.

Perasmian projek ini dijadualkan dalam tempoh dua bulan dan menjadi projek kedua seumpamanya di Malaysia selepas projek pertama sepanjang 4.2 km yang menghubungkan Pantai Siring ke Pulau Besar di Melaka.

Berkaitan

  • Ini Teknologi Bilik Darjah Yang Ramai Tak Sangka Dah Ada Di Malaysia
  • TNB Sudah Mula Eksport Bekalan Tenaga Boleh Baharu Ke Singapura
  • Kuala Lumpur Antara 10 Bandar Raya Miliki Bangunan Pencakar Langit Paling Banyak Di Dunia

Sumber: BERNAMA

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Aplikasi TuJu Alami Gangguan Teknikal - Langkah Pemulihan, Tambah Baik Sistem Sedang Dilaksanakan
  • Xbox Cloud Gaming Kini Ada Pakej Ikut Jam, Bermula AS$3.99
  • "Iron Man" Dan Snap Berkolaborasi Lancar Cermin Mata AR Berharga RM10,000
  • Perkhidmatan Dalam Talian TH-Maybank Islamic Kembali Beroperasi - Tabung Haji
  • Berpindah Ke Malaysia Atau Dibuang Kerja, 50 Pekerja Kontrak Amazon Di Jepun Dilaporkan Diberi Kata Dua
  • Google Maps Di Apple CarPlay Kini Mula Terima Gemini AI
  • Bekalan Logam Yttrium Terhenti Ancam Industri Semikonduktor Dan Elektronik Jepun
  • Claude Duet Boleh Terus Buat Kerja Walaupun Komputer Dimatikan
©2026 WISER.MY