Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Kuala Lumpur city

Kuala Lumpur Antara 10 Bandar Raya Miliki Bangunan Pencakar Langit Paling Banyak Di Dunia

Diterbitkan Januari 3, 2025 · Dikemas kini Januari 3, 2025 oleh ariff bukhari

Berdasarkan semakan terkini di laman Skyscraper center berkaitan bangunan-bangunan pencakar langit mendapati, Kuala Lumpur, Malaysia tersenarai antara 10 bandar raya di dunia yang memiliki bangunan pencakar langit terbanyak di dunia.

Menurut laman itu, di dalam bandar raya Kuala Lumpur sahaja, terdapat sejumlah 179 buah bangunan pencakar langit yang berketinggian melebihi 150 meter.

Jumlah itu sekali gus meletakkan Kuala Lumpur di tangga ke-7 dalam kategori tersebut.

Skyscraper center menobatkan Hong Kong, China di tempat pertama selepas metropolis itu memiliki sebanyak 558 bangunan pencakar langit berketinggian lebih daripada 150 meter.

Walau bagaimanapun, Kuala Lumpur dan Hong Kong memiliki jumlah yang sama bagi bangunan dengan ketinggian lebih 300 meter iaitu sebanyak 6 buah.

Berikut adalah senarai 10 bandar raya di dunia yang memiliki bangunan pencakar langit terbanyak setakat ini:

sky scraper

Berikut pula dikongsikan senarai 10 bangunan pencakar langit paling tinggi di Malaysia setakat ini:

sky scraper malaysia

Berkaitan

  • Ini Teknologi Bilik Darjah Yang Ramai Tak Sangka Dah Ada Di Malaysia
  • Pembuat Tandas Jepun Syorkan Pengguna Tidak Lap Tempat Duduk Tandas Dengan Tisu
  • Bayar Saman Anda Dengan Diskaun Di Aplikasi MyJPJ Bermula Hari Ini

Sumber: The Skyscraper Center

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • YouTube Sasar Guna Codec AV2 Di Web Seawal 2027
  • Meta Janji, Muse AI Tidak Akan Dipenuhi Iklan
  • Teknologi Tayar Sembuh Sendiri USM Berjaya Diuji Di Litar Lumba
  • (Ulasan) HONOR 600S — Tahan Lasak Dengan Bateri 8,100mAh, Tapi Bukan Untuk Semua Orang
  • Microsoft Tawar Pakej Berhenti Sukarela Kepada 60,000 Pekerja, Terus Labur Besar Dalam AI
  • iOS 27.2 Tersedia Dengan Ciri Baharu, Lebih 160 Kelemahan Keselamatan Dibaiki
  • OpenAI Lancar GPT-6.1 Terra, Lebih Pantas Dengan Ketepatan Fakta Dipertingkat
  • SoftBank Rancang Pelaburan AS$50 Bilion Dalam Teknologi Di Malaysia - PM Anwar
©2026 WISER.MY