Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Pencawang Telefon Selular Akan Ditambah Lebih Banyak Khususnya Di Kota Tinggi

Menara Diceroboh, Peralatan Dicuri, Rangkaian Celcom, Digi, Maxis dan U Mobile Terganggu Di Kampung Sungkup, Kedah

Diterbitkan Oktober 17, 2023 oleh ariff bukhari

Akibat daripada tindakan pihak tidak bertanggungjawab menceroboh menara komunikasi, hampir 600 penduduk di Kampung Sungkup, Kedah mengalami masalah liputan telekomunikasi.

Menara yang disediakan di bawah Pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA) itu didapati terdapat kesan vandalisme termasuk kabel dipotong dan peralatan dicuri.

Kejadian tersebut telah dilaporkan oleh penduduk kampung kepada Pejabat MCMC Negeri Kedah pada Ahad, 15 Oktober 2023

Ekoran itu, pejabat MCMC Negeri Kedah pada hari sama telah bergegas ke lokasi kejadian untuk membuat tinjauan bersama pihak penyedia perkhidmatan yang dilantik menguruskan menara berkenaan.

Laporan polis turut dibuat oleh pihak penyedia perkhidmatan. MCMC ketika ini sedang mempertimbangkan beberapa langkah untuk memulihkan kembali perkhidmatan telekomunikasi di sekitar Kampung Sungkup.

Menara telekomunikasi tersebut menyediakan perkhidmatan telekomunikasi Celcom, Digi, Maxis dan U Mobile melalui kaedah perkongsian 4G MOCN (Rangkaian Teras Operator Berbilang).

Perbuatan khianat yang dilakukan itu telah menyebabkan perkhidmatan kesemua rangkaian tersebut tidak dapat beroperasi.

Ini bukanlah kali pertama isu pencerohohan menara komunikasi dilaporkan. Kejadian sama seperti ini turut pernah dilaporkan berlaku pada menara telekomunikasi lain sebelum ini.

Sehubungan itu MCMC memaklumkan, pihak mereka akan meningkatkan kerjasama dengan penduduk, pihak polis dan Pihak Berkuasa Tempatan untuk mencegah sebarang cubaan menceroboh menara telekomunikasi.

Perbuatan merosakkan kemudahan telekomunikasi boleh didakwa dan jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman denda RM300,000 atau penjara tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya di bawah Seksyen 235, Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Berkaitan

  • Sambungan Unifi Sekali Lagi Terganggu Akibat Perbuatan Vandalisme
  • Ikuti Tips Ini Untuk Beli ‘Laptop’ Mampu Milik Tapi “Spec Masih Mengancam”
  • Gangguan Rangkaian 4G Celcom, Digi Dan Maxis Di Kg. Gasak Chini Kerana Vandalisme
  • Akibat Vandalisme, Sebuah Lagi Menara Komunikasi Rosak

Sumber: Siaran media MCMC

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY