Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
mod gelap

Mematikan Ciri Penting Telefon Pintar Ini Boleh ‘Mudakan’ Otak Sebanyak 10 Tahun – Kajian

Diterbitkan April 2, 2025 ยท Dikemas kini April 2, 2025 oleh ariff bukhari

Satu kajian yang dijalankan oleh pasukan penyelidik dari University of British Columbia dari Kanada mendapati bahawa menutup salah satu ciri penting pada telefon pintar boleh menjadikan otak manusia lebih muda.

Menurut kajian itu yang melibatkan 400 peserta mendapati, dengan menutup akses internet pada telefon pintar selama dua minggu, ia boleh meningkatkan tumpuan otak sekali gus menjadikannya setanding dengan seseorang yang 10 tahun lebih muda.

Kajian itu meminta peserta kajian menggunakan telefon pintar yang dipasang dengan aplikasi khas yang menghalang akses internet, tetapi masih membenarkan panggilan dan mesej.

Selepas dua minggu, kajian itu mendapati masa skrin peserta berkurang hampir separuh, dan 90% melaporkan peningkatan dalam kesihatan mental.

Hasil daripada dapatan itu, penyelidik Universiti British Columbia itu menyatakan bahawa sambungan internet berterusan memberi kesan negatif terhadap fungsi psikologi.

“Hasil kajian kami menunjukkan bahawa menyekat akses internet mudah alih pada telefon pintar selama 2 minggu boleh membawa peningkatan ketara dalam kesejahteraan, kesihatan mental, dan keupayaan untuk mengekalkan tumpuan. Malah, mereka yang tidak sepenuhnya mematuhi sekatan ini masih mengalami peningkatan yang signifikan, walaupun dalam kadar yang lebih sederhana. Penemuan ini mencadangkan bahawa sambungan berterusan ke dunia dalam talian mempunyai kesan negatif, kerana fungsi psikologi bertambah baik apabila sambungan ini dikurangkan.”

Penyelidik turut menyatakan, kajian pada masa depan boleh menyelidiki dengan lebih mendalam mekanisme di sebalik kesan yang ditemui.

Berkaitan

  • Tablet Terbaru Huawei Ini Ada Kuasa Produktiviti Setanding PC, Ini Rahsianya
  • IJM Lancar Robot Keselamatan Berkuasa AI Pertama Di Malaysia
  • Akibat Dunia Semakin Panas, 7000 Glasier Di China Hilang Sepenuhnya

Rujukan: unilad

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • 3 Dongle Audio Bawah RM60
  • Permohonan Gantian MyKad Kini Boleh Dibuat Melalui Aplikasi MyGOV
  • ECRL Tawar Diskaun 30% Tiket Ekonomi Selama Sebulan - Operasi Dijangka Bermula 12 Disember
  • Empat Ejen AI Gemini Berjaya Tamatkan Minecraft Selepas Mati 605 Kali
  • Awas, Malware LongKong Aktif Sasar Pengguna Android Malaysia, Mampu Curi Maklumat Perbankan
  • Had Money+ Kini Naik Ke RM30,000, Tawar Pulangan Sehingga 5% Setahun
  • Kerajaan Teliti Perluas Pengesahan Umur Kepada Platform Permainan Dalam Talian - Fahmi
  • AS Arah Agensi Kerajaan Henti Guna DeepSeek, Bimbang Data Sensitif Dipindahkan Ke China
©2026 WISER.MY