Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Akibat Dunia Semakin Panas, 7000 Glasier Di China Hilang Sepenuhnya

Akibat Dunia Semakin Panas, 7000 Glasier Di China Hilang Sepenuhnya

Diterbitkan Mac 27, 2025 · Dikemas kini Mac 27, 2025 oleh ariff bukhari

Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) melaporkan, sejak 1960, kawasan glasier di China telah menyusut sebanyak 26%, dengan 7,000 glasier kecil hilang sepenuhnya akibat pemanasan global yang pesat.

Penyusutan ini semakin intensif dalam beberapa tahun kebelakangan ini.

Menurut Laporan Pembangunan Air Dunia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu 2025, Pergunungan dan glasier: menara air, kehilangan glasier di seluruh dunia kini berlaku lebih pantas berbanding sebelum ini, dengan rekod kehilangan terbesar dalam tiga tahun terakhir.

Glasier China terletak di barat dan utara negara itu, termasuk Tibet, Xinjiang, Sichuan, Yunnan, Gansu, dan Qinghai.

Data terkini menunjukkan jumlah glasier pada 2020 ialah 69,000 dengan keluasan 46,000 km², berbanding 59,000 km² dan 46,000 glasier antara 1960 hingga 1980.

China telah menggunakan teknologi seperti selimut salji dan sistem salji buatan untuk melambatkan pencairan glasier.

Namun, perubahan iklim akibat pembakaran bahan api fosil dijangka terus mempercepatkan kehilangan ais, meningkatkan paras laut, serta memberi kesan negatif kepada ekonomi dan alam sekitar global.

Penyusutan glasier ini dilaporkan turut berlaku di kawasan pergunungan dan glasier Alpine yang sering dirujuk sebagai ‘menara air’ dunia di mana sehingga 60% daripada air tawar dunia adalah berasal dari pergunungan.

Ekoran daripada penyusutan glasier, ia turut mengakibatkan kekurangan bekalan air tawar global, meningkatkan persaingan sumber air, serta menambah risiko bencana alam.

Berkaitan

  • Bajet Bawah RM1700, Anda Mungkin Tak Menyesal Beli Redmi Note 14 Pro+ 5G
  • Penyelidik Dedah Perbezaan & Kelebihan Utama Antara Bateri BYD Dan Tesla
  • Penumpang AirAsia Bawa 'Power Bank' Antara 100Wh Dan 160Wh Perlu Kelulusan Penerbangan

Sumber: Reuters

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • SoftBank Rancang Pelaburan AS$50 Bilion Dalam Teknologi Di Malaysia - PM Anwar
  • Selepas Didenda €200 Juta, Temu Janji Perketat Kawalan Penjualan Produk Tidak Sah
  • iPad mini Baharu Rasmi Dengan Skrin OLED, Cip A20 Pro, Harga Bermula RM2,999
  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
©2026 WISER.MY