Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Melaka Menuju Bandar Pintar Dengan Penggunaan Teknologi AI

Melaka Menuju Bandar Pintar Dengan Penggunaan Teknologi AI

Diterbitkan Disember 28, 2024 ยท Dikemas kini Disember 30, 2024 oleh ariff bukhari

Melaka Bandaraya Bersejarah dalam perancangan untuk menju ke arah bandar pintar.

Sehubungan itu, Kerajaan Negeri Melaka telah membangunkan dokumen Blueprint Melaka Pintar 2035 (SMB2035) yang berfungsi sebagai panduan bagi transformasi digital Melaka dengan mengekalkan warisan budayanya yang unik dan ekonomik, di bawah Pelan Strategik Melakaku Maju Jaya 2035 (PSMJ2035).

Untuk itu, penggunaan kecerdasan buatan (AI) memainkan peranan penting dalam pembangunan bandar dan infrastruktur pintar di Melaka, menurut Exco Sains, Teknologi, Inovasi dan Komunikasi Digital negeri, Datuk Fairul Nizam Roslan.

Pelaksanaan AI dalam sistem pengangkutan awam, pengurusan air, dan tenaga dijangka meningkatkan kecekapan pengurusan sumber dan infrastruktur.

Pada tahun 2025, dokumen SMB2035 akan dikaji semula oleh Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) untuk memasukkan elemen dasar dan strategi baharu, menyokong inisiatif AI dalam pentadbiran, sosial, dan ekonomi negeri.

Fairul Nizam menegaskan AI penting untuk memacu pertumbuhan ekonomi, meningkatkan sektor sosioekonomi, dan memastikan Melaka kekal berdaya saing di peringkat global.

Dengan dasar yang tepat, AI berpotensi membawa perubahan besar dan meningkatkan kesejahteraan rakyat di negeri itu.

Berkaitan

  • Ini Teknologi Bilik Darjah Yang Ramai Tak Sangka Dah Ada Di Malaysia
  • Inovasi Tayar Motosikal Kalis Pancit Oleh Pasukan USM Juara Minggu Ke-4 Innovathon Musim Ke-2
  • TNB Sudah Mula Eksport Bekalan Tenaga Boleh Baharu Ke Singapura

Sumber: Melaka Hari Ini

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Dua Pepijat Kritikal PHP2Shell Boleh Dieksploitasi - NACSA Gesa Organisasi Kemas Kini Segera
  • "Bapa PlayStation" Anggap Bantahan Terhadap Penghentian Cakera Fizikal Mungkin Isu Mentaliti
  • COROS PACE 4 Pro Dengan Bateri Hingga 21 Hari Tiba Di Malaysia Pada Harga RM1,999
  • Aplikasi TuJu Alami Gangguan Teknikal - Langkah Pemulihan, Tambah Baik Sistem Sedang Dilaksana
  • Xbox Cloud Gaming Kini Ada Pakej Ikut Jam, Bermula AS$3.99
  • "Iron Man" Dan Snap Berkolaborasi Lancar Cermin Mata AR Berharga RM10,000
  • Perkhidmatan Dalam Talian TH-Maybank Islamic Kembali Beroperasi - Tabung Haji
  • Berpindah Ke Malaysia Atau Dibuang Kerja, 50 Pekerja Kontrak Amazon Di Jepun Dilaporkan Diberi Kata Dua
©2026 WISER.MY