Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
MediaTek Dimensity 9400e_1

MediaTek Umum Dimensity 9400e – Versi ‘Lite’ Dengan Ciri Premium

Diterbitkan Mei 15, 2025 · Dikemas kini Mei 15, 2025 oleh Amalina Athman

MediaTek kini memperkenalkan cip terbaru dalam ‘keluarga’ Dimensity — Dimensity 9400e.

Cip ini berada di bawah Dimensity 9400 dan 9400+, dan sebenarnya merupakan versi naik taraf ‘ringan’ daripada Dimensity 9300+ yang dilancarkan tahun lalu, dengan beberapa penambahbaikan.

Dibina menggunakan proses 4nm generasi ketiga daripada TSMC, MediaTek Dimensity 9400e menampilkan seni bina CPU All Big Core. Ia merangkumi 1 teras Cortex-X4 dengan kelajuan sehingga 3.4GHz, 3 teras Cortex-X4 2.85GHz, dan 4 teras Cortex-A720 pada kelajuan 2.0GHz. Cip ini turut dilengkapi dengan 8MB cache L3 dan 10MB SLC.

Bagi grafik pula, Dimensity 9400e menggunakan GPU Immortalis-G720 MC12 dengan 12 teras, lengkap dengan sokongan ray-tracing berasaskan perkakasan.

Dari segi memori, ia menyokong RAM LPDDR5X dan storan UFS 4.0 bersama teknologi MCQ.

MediaTek Umum Dimensity 9400e – Versi ‘Lite’ Dengan Ciri Premium

Kebanyakan ciri media dan sambungan pada Dimensity 9400e masih sama seperti 9300+. Namun begitu, terdapat beberapa peningkatan ketara, termasuk sokongan Wi-Fi 7 dengan kelajuan yang lebih tinggi — kadar puncak 7.3Gbps berbanding 6.5Gbps pada 9300+. Cip ini juga menyokong Bluetooth 6.0 yang lebih pantas.

Cip ini turut menyokong SDK MediaTek NeuroPilot terkini, membolehkan pelbagai teknologi kecerdasan buatan (AI) moden dijalankan. Ini termasuk sokongan untuk Multi-Modality (LMM), Large Vision Models (LVM), serta pelbagai model bahasa (SLM/LLM) daripada ekosistem AI global.

Untuk pengalaman permainan, Dimensity 9400e mengekalkan sokongan MediaTek HyperEngine dan Adaptive Gaming Technology. Selain itu, ia menyokong teknologi MediaTek Frame Rate Converter (MFRC 2.0+), yang dikatakan mampu mengurangkan penggunaan kuasa sehingga 40% apabila diaktifkan.

Ketersediaan

Dari segi ketersediaan, realme GT 7 yang dijadualkan pelancaran pada 27 Mei ini bakal menjadi telefon pintar pertama yang menampilkan cip MediaTek Dimensity 9400e.

Berkaitan

  • Bajet Bawah RM1700, Anda Mungkin Tak Menyesal Beli Redmi Note 14 Pro+ 5G
  • MediaTek Umum Cip Dimensity 7400 & 7400X, Prestasi 'Gaming' Dan AI Dipertingkat
  • MediaTek Perkenal Dimensity 9400+ Dengan Peningkatan Prestasi AI
  • Skor 2.45 Juta Di AnTuTu – Cip Baharu MediaTek Debut Dalam realme GT 7

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Pulau Pinang Sedang Bangunkan Pulau Silikon, Bakal Tawar 220,000 Peluang Pekerjaan
  • 3 Headphone ANC Bawah RM200
  • Kadar Tambang ECRL Akan Diumumkan Menjelang Akhir Oktober - Operasi Disasar Bermula Pertengahan Disember
  • Tiket Tonton Filem Dan Teater Di Wilayah Persekutuan Dikecualikan Duti Hiburan
  • Belanjawan 2027: Belia Lengkapkan Jam Sukarelawan Layak Terima RM100 E-Dompet Secara 'One-Off'
  • Belanjawan 2027: Kerajaan Tambah 100,000 Langganan AI Percuma, Termasuk ChatGPT
  • TNB Labur RM15 Bilion Perkukuhkan Grid Nasional
  • Belanjawan 2027: NSRC Akan Bangunkan Aplikasi AI, Bantu Pengguna Semak Butiran Mencurigakan
©2026 WISER.MY