Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
realme GT 7

Skor 2.45 Juta Di AnTuTu – Cip Baharu MediaTek Debut Dalam realme GT 7

Diterbitkan Mei 14, 2025 oleh Amsyar Latif

realme GT 7 dijadual dilancarkan pada 27 Mei ini dan bakal menjadi telefon pintar pertama di Malaysia yang menampilkan cip pemproses andalan MediaTek Dimensity 9400e. Cip ini mencatat skor melebihi 2.45 juta mata di AnTuTu, menjadikannya antara tiga pemproses Android terbaik di pasaran tempatan setakat ini.

Dimensity 9400e dibina menggunakan seni bina teras besar, termasuk teras utama Cortex-X4 dengan kelajuan CPU lebih tinggi dan proses pembuatan setanding Snapdragon 8 Gen 3. Ia turut dilengkapi GPU berfrekuensi tinggi serta kemampuan pemprosesan AI yang setara dengan versi penuh Dimensity 9400.

Gabungan cip ini dengan teknologi GT Boost pada realme GT 7 membolehkan prestasi permainan yang lebih lancar, termasuk sokongan 120FPS yang stabil untuk lebih 20 permainan popular. Ciri ini dicapai melalui pengoptimuman antara perkakasan dan perisian yang membantu mengekalkan kadar bingkai penuh sambil mengurus penggunaan tenaga secara efisien.

Berkaitan

  • Umpama Sekali Cas, Sehari Gaming - realme 14 5G
  • Setanding 'Powerbank', realme Perlihat Telefon Konsep Dengan Bateri Lebih Besar
  • realme 14T 5G Bakal Dilancar 16 Mei - Bateri Tahan 11 Jam

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Universiti Nasional Singapura Cipta Fabrik Dengan Skrin Sentuh Terbina Pertama Di Dunia
  • Yes Dan Ryt Bank Kini Jadi Rakan Penaja Rasmi FAM
  • Tentera Laut AS Berjaya Uji Kawal Dron MQ-25A Dari Kapal Pengangkut Sejauh 3,380km
  • BYD Perinci Pelaksanaan Flash Charging Di Malaysia, DENZA Z9GT Sokong Cas 5 Minit
  • Sony Perkenal Sensor Imej 1mm Untuk Endoskop Pakai Buang
  • Apa Itu 'Timing Chip' Dan Bagaimana Ia Digunakan Dalam Maraton?
  • Virgin Galactic Perkenal Apeiron, Sasar Bawa Pelancong Ke Angkasa Pada 2027
  • Syarikat Semikonduktor Korea Selatan Perkenal LED Putih Tanpa Unsur Nadir Bumi
©2026 WISER.MY