Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
MediaTek Dimensity 9400 plus_2

MediaTek Perkenal Dimensity 9400+ Dengan Peningkatan Prestasi AI

Diterbitkan April 10, 2025 · Dikemas kini April 11, 2025 oleh Amalina Athman

MediaTek hari ini mengumumkan Dimensity 9400+, cip pemproses terkini dalam rangkaian cip andalan Dimensity.

Cip ini hadir sebagai naik taraf daripada Dimensity 9400 sedia ada, dengan beberapa penambahbaikan pada operasi NPU bagi meningkatkan prestasi AI secara keseluruhan.

Dimensity 9400+ mengekalkan struktur teras yang sama, iaitu satu teras Cortex-X925, tiga teras Cortex-X4, dan empat teras Cortex-A720. Teras utama Cortex-X925 kini beroperasi pada kelajuan 3.73GHz – sedikit lebih pantas berbanding 3.62GHz pada Dimensity 9400.

Dari segi grafik, cip ini dilengkapi GPU Arm Immortalis-G925 12-teras, yang meningkatkan pengalaman visual permainan mudah alih menerusi ciri penukar kadar bingkai (frame rate converter) baharu, MRFC 2.0+, di mana ia menawarkan peningkatan kecekapan tenaga sehingga 40%.

MediaTek D9400 plus_3

Perubahan paling ketara dilihat pada keupayaan pemprosesan AI. MediaTek Dimensity 9400+ masih mengekalkan NPU 890 yang turut digunakan dalam cip generasi sebelumnya.

Namun, kali ini ia disertakan dengan teknologi baharu yang dikenali sebagai Speculative Decoding+ (SpD+), yang menurut MediaTek mampu meningkatkan kelajuan AI Agentic sebanyak 20%.

Cip ini turut menyokong teknologi seperti Mixture-of-Experts (MoE), Multi-Head Latent Attention (MLA), Multi-Token Prediction (MTP) dan inferens FP8 dengan kelajuan penaakulan yang lebih pantas.

Dimensity 9400+ kini memanjangkan sambungan Bluetooth antara telefon sehingga 10km apabila dalam keadaan garis penglihatan, iaitu lebih 6.6 kali ganda berbanding Dimensity 9400.

Lain-lain termasuk sokongan Wi-Fi 7 tiga jalur (2.4GHz, 5GHz, 6GHz) serentak, Bluetooth 6.0, memori LPDDR5x, storan UFS 4.0 dan sebagainya.

Dari segi ketersediaan, telefon pintar pertama yang dikuasakan oleh MediaTek Dimensity 9400+ akan memasuki pasaran pada bulan ini.

Berkaitan

  • MediaTek Dimensity 9400 Dilancar, Cip 3nm Yang Lebih Pantas
  • MediaTek Dimensity 8400 Rasmi, Cip Berkuasa Untuk Kelas Pertengahan Premium
  • Guna Telefon vivo X200 Pun Boleh Dapat Gambar Makro Nampak Pro Macam Ini
  • MediaTek Umum Cip Dimensity 7400 & 7400X, Prestasi 'Gaming' Dan AI Dipertingkat

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi
  • TNG eWallet Kini Tawarkan Tempahan E-Hailing Di 47 Negara - Bayaran Dalam Ringgit Malaysia
  • Selepas Hampir 22 Tahun, Satelit Swift NASA Masuk Semula Atmosfera Di Atas Indonesia
  • CelcomDigi Kesan 260 Juta Panggilan Disyaki Scam, Sekat 22 Juta SMS Sebulan
  • Bluetooth Akan Jadi Lebih Pantas, Kadar Pemindahan Data Meningkat Hampir 4 Kali Ganda
  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
  • Peraturan Baharu Jualan Tiket Bas Ekspres Dilaksana Berfasa - Pembelian Melalui Platform Sedia Ada Masih Dibenarkan
©2026 WISER.MY