Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
realme GT 7

realme GT7 Dengan Teknologi Penyejukan Baharu Akan Tiba Hujung Mei Ini

Diterbitkan Mei 9, 2025 · Dikemas kini Mei 9, 2025 oleh Amsyar Latif

realme telah mengumumkan bahawa pelancaran global bagi siri GT7 akan diadakan pada 27 Mei 2025 di Paris, Perancis. Peranti ini dijangka memperkenalkan teknologi baharu dan peningkatan prestasi, dengan tema “Power that Never Stops” yang menekankan kecekapan kuasa dan prestasi berterusan.

Siri GT sebelum ini dikenali sebagai telefon pintar berprestasi tinggi yang memanfaatkan teknologi AI. GT7 Pro menjadi antara peranti pertama yang menggunakan cip Snapdragon 8 Elite di beberapa pasaran, sementara model sebelumnya, GT6, merupakan antara yang terawal menggunakan cip Snapdragon 8s Gen 3.

Salah satu ciri utama yang diketengahkan dalam siri GT7 ialah teknologi penyejukan baharu yang dikenali sebagai IceSense Graphene.

Teknologi ini menawarkan penyebaran haba 360° dan kadar konduktiviti haba yang lebih tinggi, yang bertujuan untuk mengekalkan prestasi peranti dalam jangka masa panjang.

realme turut menyatakan bahawa pelancaran ini adalah sebahagian daripada strategi tiga tahun mereka yang diumumkan semasa MWC 2025, yang bertujuan untuk menggandakan bilangan pengguna global serta mengukuhkan kedudukan dalam segmen peranti premium.

Berkaitan

  • Umpama Sekali Cas, Sehari Gaming - realme 14 5G
  • realme GT 7 Dilancarkan Di China, Lebih Ringan, Nipis Dan Mampu Milik
  • Setanding 'Powerbank', realme Perlihat Telefon Konsep Dengan Bateri Lebih Besar

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Universiti Nasional Singapura Cipta Fabrik Dengan Skrin Sentuh Terbina Pertama Di Dunia
  • Yes Dan Ryt Bank Kini Jadi Rakan Penaja Rasmi FAM
  • Tentera Laut AS Berjaya Uji Kawal Dron MQ-25A Dari Kapal Pengangkut Sejauh 3,380km
  • BYD Perinci Pelaksanaan Flash Charging Di Malaysia, DENZA Z9GT Sokong Cas 5 Minit
  • Sony Perkenal Sensor Imej 1mm Untuk Endoskop Pakai Buang
  • Apa Itu 'Timing Chip' Dan Bagaimana Ia Digunakan Dalam Maraton?
  • Virgin Galactic Perkenal Apeiron, Sasar Bawa Pelancong Ke Angkasa Pada 2027
  • Syarikat Semikonduktor Korea Selatan Perkenal LED Putih Tanpa Unsur Nadir Bumi
©2026 WISER.MY