Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
MediaTek Dimensity 7400

MediaTek Umum Cip Dimensity 7400 & 7400X, Prestasi ‘Gaming’ Dan AI Dipertingkat

Diterbitkan Februari 25, 2025 · Dikemas kini Februari 25, 2025 oleh Amsyar Latif

MediaTek kini melancarkan cip Dimensity 7400 dan Dimensity 7400X yang masing-masing menawarkan keupayaan AI, gaming, serta sambungan 5G yang dipertingkatkan.

Dimensity 7400 & 7400X – Prestasi ‘Gaming’ dan AI yang Ditingkatkan

Dimensity 7400 dan 7400X dibina menggunakan proses 4nm TSMC dan menampilkan CPU lapan teras dengan empat teras Cortex-A78 (sehingga 2.6GHz) dan empat teras Cortex-A55 (sehingga 2.0GHz).

Cip ini turut dilengkapi dengan GPU Mali-G615 MC2, yang menjanjikan prestasi grafik lebih baik serta kecekapan tenaga antara 14% hingga 36% lebih jimat berbanding pesaing.

Untuk pengalaman gaming yang lebih baik, MediaTek menyertakan MAGT 3.0, yang menyesuaikan tetapan grafik mengikut keperluan peranti, mengurangkan ‘input lag’, serta menjimatkan kuasa untuk sesi permainan lebih lama.

Keupayaan AI juga dipertingkatkan dengan NPU 6.0, yang memberikan 15% peningkatan prestasi berbanding cip terdahulu.

Selain itu, cip ini menyokong kamera AI dengan pemproses isyarat imej Imagiq 950, serta Google Ultra HDR untuk menghasilkan gambar dan video dengan warna lebih kaya dan kontras lebih baik.

Dimensity 7400X turut direka untuk telefon flip dwi-paparan, membolehkan lebih banyak fleksibiliti dalam rekaan peranti. Sambungan 5G juga lebih efisien dengan modem R16 5G yang mengurangkan penggunaan tenaga sebanyak 20% berbanding pesaing.

mediatek dimensity 6400

Tidak dilupakan juga, MediaTek juga telah melancarkan Dimensity 6400 yang menyasarkan segmen peranti mampu milik dengan CPU lapan teras, terdiri daripada dua teras Cortex-A76 (sehingga 2.5GHz) dan enam teras Cortex-A55 (sehingga 2.0GHz).

Cip ini dibina dengan proses 6nm TSMC, menjadikannya 19% lebih jimat tenaga ketika bermain game berbanding cip lain dalam kelasnya.

Antara cirinya adalah termasuk Bluetooth Wi-Fi HyperCoex, kamera 108MP, sokongan paparan 10 bit dan modem 5G release 16 sub-6 yang menyokong 2CC-CA untuk sambungan lebih stabil.

Dimensity 6400 kini sudah tersedia di pasaran, manakala peranti pertama dengan Dimensity 7400 dan 7400X dijangka hadir pada suku pertama 2025.

Berkaitan

  • MediaTek Dimensity 9400 Dilancar, Cip 3nm Yang Lebih Pantas
  • Ini Teknologi Bilik Darjah Yang Ramai Tak Sangka Dah Ada Di Malaysia
  • MediaTek Dimensity 8400 Rasmi, Cip Berkuasa Untuk Kelas Pertengahan Premium
  • Redmi Turbo 4 Rasmi, Telefon Pertama Dengan Cip MediaTek Dimensity 8400-Ultra

Sumber: MediaTek

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Universiti Nasional Singapura Bangunkan Skrin Sentuh Dalam Lengan Baju, Didakwa Pertama Di Dunia
  • Yes Dan Ryt Bank Kini Jadi Rakan Penaja Rasmi FAM
  • Tentera Laut AS Berjaya Uji Kawal Dron MQ-25A Dari Kapal Pengangkut Sejauh 3,380km
  • BYD Perinci Pelaksanaan Flash Charging Di Malaysia, DENZA Z9GT Sokong Cas 5 Minit
  • Sony Perkenal Sensor Imej 1mm Untuk Endoskop Pakai Buang
  • Apa Itu 'Timing Chip' Dan Bagaimana Ia Digunakan Dalam Maraton?
  • Virgin Galactic Perkenal Apeiron, Sasar Bawa Pelancong Ke Angkasa Pada 2027
  • Syarikat Semikonduktor Korea Selatan Perkenal LED Putih Tanpa Unsur Nadir Bumi
©2026 WISER.MY