Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
MED4IRN Setuju Tubuh Unit Transformasi Digital, Percepat Pendaftaran MyDigital ID

MED4IRN Setuju Tubuh Unit Transformasi Digital, Percepat Pendaftaran MyDigital ID

Diterbitkan Disember 9, 2025 · Dikemas kini Disember 9, 2025 oleh Amalina Athman

Majlis Ekonomi Digital dan Revolusi Perindustrian Keempat Negara (MED4IRN) bersetuju menubuhkan Unit Transformasi Digital (DTU) di setiap kementerian serta mempercepat pendaftaran MyDigital ID.

Dalam satu kenyataan, Perdana Menteri Dato’ Seri Anwar Ibrahim berkata MED4IRN turut bersetuju untuk memperkukuh pembangunan MyGov Malaysia sebagai gerbang digital tunggal berteraskan kecerdasan buatan (AI).

“Keutamaan turut diberikan kepada peningkatan liputan dan kualiti internet di Universiti Awam (UA) serta premis latihan kerajaan bagi menyokong pengajaran dan pembelajaran digital secara berterusan,” tambahnya.

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata bagi merealisasikan aspirasi Malaysia sebagai Hab Kreatif Digital Global menjelang 2030, kerajaan juga telah merangka Pelan Hala Tuju Ekosistem Kreatif Digital 2026-2030 (DICE) sebagai panduan untuk memposisikan negara sebagai peneraju penciptaan harta intelek berkualiti tinggi serta pembangunan bakat kreatif bertaraf dunia.

Setiap inisiatif ini akan menjadi asas kepada Fasa 3 Rangka Tindakan Ekonomi Digital Malaysia (2026–2030) yang menumpukan kepada pemerkasaan perniagaan, peningkatan taraf hidup rakyat dan reformasi ekonomi digital negara.

Berkaitan

  • 5 Benda Yang Buat OriginOS 6 Rasa Lebih Kemas dan Lancar
  • Sebanyak 1,433 Aplikasi Kerajaan Telah Dibangunkan - Kementerian Digital
  • Pelaksanaan eKYC Untuk Akaun Media Sosial Dijangka Akhir Suku Kedua 2026 - Fahmi
  • Log Masuk MyJPJ Guna MyDigital ID Untuk 18 Tahun Ke Atas - Berkuat Kuasa Februari 2026

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Malaysia Tingkatkan Tahap Ancaman Keselamatan Siber Negara Daripada Rendah Kepada Sederhana
  • Google Umum Pelaburan AS$15 Bilion Di Malaysia, Sasar 9,000 Pekerjaan Dengan Gaji Lebih Tinggi
  • Paras Gas Karbon Dioksida Dunia Telah Meningkat 3 Kali Ganda Sejak 1960 - WMO
  • HONOR Magic9 Pro Max Dengan Pengimejan ARRI Sah Ke Malaysia, Jadi Telefon Rasmi FFM35
  • UKM Jadi Institusi Pertama Di Asia Tenggara Guna Implan Suara Boleh Laras
  • Aplikasi Shopee Kini Ada Pembantu Beli-Belah 'Migoo AI'
  • Sam Altman: RAM Lebih Baik Digunakan Di Pusat Data Berbanding PC
  • Google Akan Sekat Akses Search Untuk Pelajar Jika Sekolah Tolak AI
©2026 WISER.MY