Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
MCMC Tekankan Penggunaan Kenderaan Elektrik Kepada Pemohon Lesen Perkhidmatan Kurier

MCMC Tekankan Penggunaan Kenderaan Elektrik Kepada Pemohon Lesen Perkhidmatan Kurier

Diterbitkan September 19, 2022 oleh ariff bukhari

Selepas 2 tahun pemberian lesen baharu perkhidmatan kurier dibeku, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) memaklumkan bahawa permohonan lesen baharu perkhidmatan kurier telah dibuka semula pada 16 September 2022.

Permohonan lesen baharu perkhidmatan itu dibuka bagi semua kategori dan syarikat-syarikat yang berkelayakkan kini boleh mengemukakan permohonan bagi dipertimbangkan pihak MCMC.

Berkaitan

  • Xiaomi Malaysia Bawa Masuk Pembesar Suara 'Boleh Gabung', TV Dan 'Air Fryer'
  • Rahsia Gambar 'Selfie' Cantik Akhirnya Terbongkar
  • Malaysia Jadi Negara Pertama Di Asia Guna Radio Ericsson Ultra-Ringan Dalam Pelaksanaan 5G

MCMC menyatakan, antara penilaian permohonan baharu yang akan diberi penekanan adalah terhadap teknologi hijau seperti penggunaan kenderaan elektrik diperingkat penghantaran capaian akhir (last-mile delivery) dan e-konsainmen.

Keperluan untuk menyediakan perkhidmatan kurier yang mesra alam juga akan di laksanakan kepada pemain-pemain kurier sedia ada secara berperingkat bagi memastikan sektor kurier di Malaysia berada pada landasan yang betul selari dengan agenda hijau dan komitmen Kerajaan mengenai alam sekitar.

Syarikat yang berminat untuk membuat permohonan boleh mendapatkan butiran lanjut di laman sesawang berikut: https://www.mcmc.gov.my/ms/sectors/postal-courier/licensing.

Sumber: MCMC

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Mini PC ASUS ProArt GR1X Dengan NVIDIA RTX Spark Berharga RM25,200 Di Malaysia
  • Tiga Angkasawan Termasuk Seorang Dari Pakistan Berjaya Berlepas Ke Stesen Angkasa Tiangong
  • YTL AI Lab Lancar Cikgu ILMU, AI Percuma Bantu Ibu Bapa Bimbing Pembelajaran Anak
  • XPENG Perkenal WorldGPT, Model AI Fizikal Untuk Kereta, Robot Dan Dron
  • Kioxia Bangunkan Memori Flash Baharu, 135% Lebih Cekap Tenaga Ketika Membaca Data
  • Samsung Lancar Monitor Gaming Dengan Kadar Segar Semula 1,100Hz Pertama Di Dunia
  • Kerajaan Teliti Pindaan Undang-Undang Bagi Paparan Kad Pengenalan Secara Digital – Gobind
  • Huawei Bebas Tuduhan Jenayah Terancang Di AS, Bersalah Atas 10 Pertuduhan Lain
©2026 WISER.MY