Xiaomi Malaysia Bawa Masuk Pembesar Suara 'Boleh Gabung', TV Dan 'Air Fryer'

Sebelum ini, kami ada senaraikan peranti-peranti rumah pintar yang lain daripada Xiaomi. Anda boleh bacanya di SINI.

Berikut ialah peranti Xiaomi lain yang turut dimasukkan ke pasaran Malaysia. Ia terdiri daripada penggoreng udara, 3 model televisyen Android TV dan pembesar suara yang juga berfungsi sebagai jam.

Teruskan tatal ke bawah untuk kenal lebih lanjut barang-barang smart home ini.

{snap}

1. Mi Smart Air Fryer 3.5L




Penggoreng kering atau air fryer ini boleh dihubungkan melalui Bluetooth 4.0, aplikasi Mi Home serta Google Assistant.

Ia mampu menggoreng, menyahbeku, bakar (bake) dengan suhu serendah 40°C hingga 200°C maksimum. Anda juga boleh menetapkan menjadualkannya untuk menggoreng dalam tempoh 24 jam sebelumnya.

Mi Smart Air Fryer 3.5l

Bukan calang-calang, paparan skrinnya menggunakan panel jenis OLED untuk memudahkan pengguna memantau masa, mengawal suhu dan sebagainya.



Dengan muatan 3.5L dan berat 5.2kg, ia hanya tersedia dalam satu warna iaitu putih sahaja. Ia dijual pada harga RM359.

Beli di Lazada

Beli di Shopee

{snap}

2. Xiaomi Smart Speaker (IR Control)




Pembesar suara ini juga turut berfungsi sebagai jam dengan paparan LED di hadapannya. Anda boleh pilih lagu, penyanyi mahupun genre untuk dijadikan sebagai penggera.

Bukan saja dikawal melalui infrared, malah juga boleh disambungkan melalui Google Assistant.

Menariknya, pembesar suara ini turut boleh disambung dengan sebuah lagi pembesar suara model yang sama, menjadikannya sistem stereo.



Selain itu, ia juga menyokong Chromecast kerana terbina bersama. Jadi, mudah untuk anda terus mainkan lagu sama ada melalui Wi-Fi mahupun Bluetooth.

May be an image of speaker and text that says 'xIaOMi Smart Speaker IRCont Welcome to smarter home RM199 mI Infrared control for a smarter home* 08: LED clock display 08:16 Pair units stereo playback Google Assistant built-in* 08: 360° immersive sound experience 08:'

Ia sudah mula dijual pada harga RM199 namun terhad di kedai fizikal. Jika anda mahu beli melalui dalam talian, anda boleh belinya daripada kedai lain melalui pautan di bawah.

Beli di Lazada

Beli di Shopee

{snap}

3. Xiaomi TV A2 32"




Untuk TV pula, kali ini Xiaomi Malaysia membawa masuk 3 model dengan saiz berbeza. Untuk saiz 32 inci, ia berharga RM999.

Televisyen ini menyokong resolusi 1,366 x 768, berkadar segar 60Hz dan mempunyai sudut pandang sehingga 178°. Untuk audio, ia dilengkapkan dua pembesar suara 10W, Dolby Atmos, DTS-X dan DTS Virtual: X.

Ia menjalankan sistem operasi Android TV 11 dengan Google Assistant dan Chromacast terbina, sokong Miracast serta mempunyai Google Play Store.



Dari segi sambungan, ia mempunyai sokongan Wi-Fi 2.4GHz dan 5GHz, Bluetooth 5.0, HDMI, USB, Ethernet (LAN), slot CI dan bicu audio 3.5mm.

Ia menggunakan sistem broadcast DVB-T2/C dan DVB-S23. Aplikasi Netflix, Prime Video dan YouTube juga telah terpasang dari dalam kotak.



Xiaomi sendiri menjualnya terhad di kedai fizikal mereka tapi jika anda mahu beli melalui 'online', kedai lain turut menjualnya. Klik pautan di bawah.

Beli di Lazada

Beli di Shopee

{snap}

4. Xiaomi TV A2 43"




Model dengan skrin bersaiz 43 inci pula, berharga RM1,299. Dengan berat 6kg, ia panelnya mempunyai resolusi FHD (1920 x 1080) dengan kadar segar maksimum 60Hz.

Sudut pandang vertikal dan horizontalnya juga 178°. RAM dimuatkan bersaiz 1.5GB manakala storan dalaman pula 8GB. Sistem audio pula sama juga dengan 2 model lain.

Ia menjalankan sistem operasi Android TV 11 dengan Google Assistant dan Chromacast terbina, sokong Miracast serta mempunyai Google Play Store.

Dari segi sambungan, ia mempunyai sokongan Wi-Fi 2.4GHz dan 5GHz, Bluetooth 5.0, HDMI, USB, Ethernet (LAN), slot CI dan bicu audio 3.5mm.

Aplikasi Netflix, Prime Video dan YouTube juga telah terpasang dari dalam kotak.

Beli di Lazada

Beli di Shopee

{snap}

5. Xiaomi TV A2 58"


xiaomi tv a2 58

Televisyen ini adalah paling tinggi spesifikasinya antara ketiga-tiga model. Panelnya bersaiz 58 inci dan dipasarkan di Malaysia pada harga RM2,799.

Ia mempuyai berat 12kg. Untuk paparan, ia menyokong resolusi 4K UHD, gamut warna DCI-P3 sehingga 90%, Dolby Vision dan HDR 10 selain turut mempunyai sudut pandang 178° dengan kadar segar 60Hz.

Sistem audionya sama saja dengan model-model di atas. Selain itu, Smart TV ini dibekalkan RAM sebesar 2GB dan dipadankan dengan ROM 16GB.

Ia menjalankan Android TV 10, mempunyai Google Play, sokong Google Assistant, Chromecast, Miracast dan terpasang dengan Netflix, Amazon Prime serta YouTube.

Sistem broadcast padanya menyokong DVB-T/C/T2³ selain turut boleh disambungkan dengan Wi-Fi, Bluetooth, HDMI, USB, LAN, AV.

Beli di Lazada

Beli di Shopee