Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Malaysia Jadi Negara Pertama Di Asia Guna Radio Ericsson Ultra-Ringan Dalam Pelaksanaan 5G

Malaysia Jadi Negara Pertama Di Asia Guna Radio Ericsson Ultra-Ringan Dalam Pelaksanaan 5G

Diterbitkan September 15, 2022 oleh Amalina Athman

Memetik laporan Bernama, Malaysia akan menjadi negara pertama di Asia yang menggunakan radio ultra-ringan AIR 3268 Ericsson dalam menyokong pelaksanaan 5G, oleh Digital Nasional Bhd (DNB).

AIR 3268 dengan seberat 12 kilogram dan 23 liter merupakan radio Massive MIMO (pelbagai input pelbagai output) yang paling ringan dan terkecil dalam industri dan dibangunkan untuk prestasi Massive MIMO jalur pertengahan 5G.

Berkaitan

  • 1,000 Sekolah Akan Terima 5G, DNB Dan MCMC Sedia Jalin Kerjasama
  • Pegangan Ekuiti DNB Mungkin Dibuka Kepada MNO Asing - Tengku Zafrul
  • DNB Sasar 40% Liputan Rangkaian 5G Menjelang Akhir Tahun Ini

Dengan kuasa output 200 watt, 32 transceiver dan penyejukan pasif, berat radio itu kira-kira 40 peratus kurang daripada generasi terdahulu. Seterusnya, ia menjadikan pemasangannya lebih mudah di menara, bumbung, tiang dan dinding.

Ketua Ericsson Malaysia, Sri Lanka dan Bangladesh David Hagerbro berkata radio generasi baharu yang akan digunakan di seluruh Malaysia oleh DNB itu adalah 18% lebih cekap tenaga berbanding radio generasi sebelumnya. Ia sekali gus dapat memastikan pelaksanaan 5G dengan lebih baik.

Untuk makluman, AIR 3268 direka dengan Ericsson Silicon, di mana ia menawarkan anggaran saluran masa nyata (real-time) dan pembentukan pancaran ultra-tepat yang dapat meningkatkan liputan dan pengalaman pengguna.

Sumber: BERNAMA

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Syarikat Minyak UAE, ADNOC Jalin Kerjasama Dengan OpenAI Untuk Guna AI Dalam Operasi
  • Rembayung Kini Guna Grab Untuk Tempahan, Satu 'Booking' Setiap Dua Minggu
  • Korea Selatan Bakal Gandakan Perbelanjaan AI Dan Cip Pada 2027
  • HONOR Pad X7b Kini Di Malaysia Dari RM699, Dua Earbuds Baharu Bermula RM59
  • Epson Lancar SureColor SC-F330, Pencetak Sublimasi Desktop A3 Pertamanya
  • Google Peruntuk AS$160 Juta Untuk Infrastruktur Air Sokong Pusat Data Di Negeri Sembilan
  • 25,000 Lesen Pas Pembelajaran Global Kohort 2 Dibuka 16 November - Pemohon Senarai Menunggu Diutamakan
  • Claude Code Tak Boleh Lagi Klon Game Orang Lain, Walaupun Ditukar Nama
©2026 WISER.MY