Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
MCMC__new 2023

MCMC Pertimbang Rangka Kawal Selia Tangani Kandungan Memudaratkan

Diterbitkan September 5, 2023 · Dikemas kini September 5, 2023 oleh Amalina Athman

Bagi menangani cabaran dalam talian serta sebagai langkah ke arah kawal selia platform digital, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) bersama Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) semalam telah mengadakan perbincangan dengan wakil Google dan Meta.

Berkaitan

  • Sebab Kenapa Telefon Ini Berbaloi Untuk Bajet Bawah RM1500
  • MCMC Respon Terhadap Tindakan Sekatan Ke Atas TV Pertiwi
  • MCMC Akan Perluas Pemasangan Peranti Starlink Seluruh Negara

Menurut MCMC, antara cabaran yang dihadapi termasuk penyebaran kandungan memudaratkan berkaitan penderaan seksual kanak-kanak, perjudian dalam talian, kandungan yang menyentuh 3R, penipuan dan pancingan data, penjualan dan promosi bahan terlarang serta penyebaran maklumat dan berita palsu.

MCMC memaklumkan Malaysia juga mempertimbang untuk mengguna pakai rangka kerja kawal selia yang serupa sebagaimana dilaksanakan di Australia dan Kanada.

Sebagai tambahan, ia turut membincangkan mengenai ketidakseimbangan dalam Perbelanjaan Pengiklanan (ADEX) antara platform digital dan media tempatan bagi memastikan pampasan yang adil untuk pencipta kandungan berita.

Dalam pada itu, MCMC juga dijadualkan bertemu dengan pihak TikTok bagi membincangkan perkara yang sama.

Sumber: MCMC

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY