Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
MCMC Pertimbang Ambil Tindakan Ke Atas Awesome TV

MCMC Respon Terhadap Tindakan Sekatan Ke Atas TV Pertiwi

Diterbitkan Ogos 19, 2023 ยท Dikemas kini Ogos 19, 2023 oleh ariff bukhari

Respon terhadap sekatan yang dikenakan ke atas portal berita dan akaun TikTok rasmi sebuah syarikat media tempatan iaitu TV Pertiwi, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) menegaskan bahawa pihak mereka kekal teguh dan serius dalam menjalankan kewajipannya di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (AKM 1998) bagi menghalang sebarang perlakuan atau percubaan melakukan kesalahan, terutamanya yang berkaitan dengan maklumat yang salah atau tidak tepat.

Dalam proses penilaian MCMC terhadap TV Pertiwi, MCMC berkata mereka berusaha untuk menjalankan tugas kawal selia dengan penuh bertanggungjawab.

Sebarang tindakan yang diambil suruhanjaya itu adalah tertakluk kepada siasatan bagi memastikan integriti dan keselamatan maklumat yang disebarkan melalui kandungan atau platform media berkenaan.

MCMC menambah, Suruhanjaya itu akan sentiasa memelihara kedaulatan undang-undang dan menjaga kepentingan awam.

MCMC Respon Terhadap Tindakan Sekatan Ke Atas TV Pertiwi

TV Pertiwi dalam satu hantaran di akaun Facebook mereka memaklumkan, Ketua Pegawai Operasi TV Pertiwi, Mohd Firdaus Salleh Hudin sudah membuat laporan polis di Balai Polis Bandar Baru Bangi, Bangi, Selangor dan menggesa jawapan daripada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) atas sekatan yang dijalankan.

Media itu menyatakan, tindakan tersebut seolah-olah menyekat kebebasan bersuara rakyat terutamanya media dan bertentangan dengan agenda reformasi yang dilaungkan kerajaan.

Berkaitan

  • MCMC: Hormati Mangsa Tragedi, Elak Sebar Visual Insiden Pesawat Terhempas Di Elmina
  • JUPEM Lancar Aplikasi Untuk Mudahkan Pengguna Cari Arah Kiblat
  • Pengasas BYD Kerugian ~RM7 Bilion Akibat Tesla, Hanya Dalam Sehari

Sumber: MCMC, TV Pertiwi

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY