Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Sarawak Akan Eksport Elektrik Ke Singapura Dan Semenanjung Malaysia Menerusi Kabel Dasar Laut Sepanjang 720 Km

Sarawak Akan Eksport Elektrik Ke Singapura Dan Semenanjung Malaysia Menerusi Kabel Dasar Laut Sepanjang 720 Km

Diterbitkan Mei 6, 2026 oleh ariff bukhari

Sarawak kini mengorak langkah besar untuk menjadi “bateri Asia Tenggara” dengan memanfaatkan potensi tenaga hidro yang melimpah.

Sarawak yang memiliki 8 stesen janakuasa utama yang disambungkan ke Grid Sarawak menjana kapasiti terpasang sebanyak 4,640MW.

Selain itu, bagi memenuhi permintaan di Wilayah Utara seperti Limbang dan Lawas, terdapat 2 lagi stesen janakuasa diesel dan mini-hidro luar bandar dengan jumlah kapasiti terpasang sebanyak 43.5MW.

Secara keseluruhan, kapasiti yang tersedia di bawah Sarawak Energy adalah kira-kira 5,898MW di seluruh Sarawak.

Sarawak Akan Eksport Elektrik Ke Singapura Dan Semenanjung Malaysia Menerusi Kabel Dasar Laut Sepanjang 720 Km
Empangan Bakun merupakan takungan atau tasik yang terbesar di Malaysia. Empangan Hidro Elektrik Bakun ialah Empangan Bertingkat Batuan Konkrit (CFRD) dengan kapasiti penjanaan sedia ada sebanyak 2,520MW.

NIKKEI Asia dalam laporannya berkata, lebih 60% tenaga elektrik negeri ini datang daripada hidro dengan kapasiti 5.9 GW, melebihi permintaan tempatan sebanyak 25%.

Tenaga ini juga sudah pun dieksport ke Kalimantan Barat, Sabah, serta rundingan yang sedang berjalan dengan  Brunei.

Menjelang 2035 pula, Sarawak menyasarkan kapasiti 15 GW, termasuk eksport ke Singapura dan Semenanjung Malaysia memerusi kabel dasar laut.

https___cms-image-bucket-productionv3-ap-northeast-1-a7d2.s3.ap-northeast-1.amazonaws.com_images__aliases_articleimage_2_7_7_6_12446772-3-eng-GB_3d96ed6eb545-20260505-AM-Sarawak-power-generation-Bubble-bar (1)

Singapura, yang kini bergantung 95% kepada gas asli dilaporkan berhasrat mengimport sebanyak 6 GW tenaga rendah karbon menjelang 2035.

Pada 2024 yang lalu, cadangan kerajaan Sarawak untuk melaksanakan projek kabel dasar laut yang merangkumi jarak sejauh 720km dari Tondong, Sarawak ke Changi, Singapura, telah pun diluluskan Kerajaan Persekutuan.

Sarawak Akan Eksport Elektrik Ke Singapura Dan Semenanjung Malaysia Menerusi Kabel Dasar Laut Sepanjang 720 Km

Malah, Kerajaan Persekutuan juga telah meluluskan cadangan projek talian saling terhubung dengan kapasiti tidak kurang daripada 1,000 MW dari Sarawak ke Semenanjung.

Setakat ini, dua laluan sedang dipertimbangkan melibatkan kabel berkembar melalui koridor yang ditetapkan oleh ASEAN, iaitu satu pendaratan di Singapura dan satu lagi menghubungkan ke Semenanjung Malaysia melalui Johor.

Namun, kos berbilion dolar, tempoh pembinaan sekurang-kurangnya tujuh tahun, kebimbangan alam sekitar serta risiko geopolitik menjadi cabaran utama.

Sarawak Akan Eksport Elektrik Ke Singapura Dan Semenanjung Malaysia Menerusi Kabel Dasar Laut Sepanjang 720 Km
Ladang solar terapung Batang Ai 50 megawatt, adalah yang terbesar di Malaysia. Ia dibangunkan oleh Sarawak Energy dalam usaha sama dengan China Power International Holdings dan Trina Solar. (Sarawak Energy)

Walaupun berdepan halangan, kerjasama Malaysia-Singapura ini dilihat sebagai pemangkin kepada inisiatif ASEAN Power Grid yang lama tertangguh.

Jika berjaya, Sarawak bukan sahaja mengukuhkan kedudukan sebagai hab tenaga hijau, tetapi juga membuka jalan kepada integrasi tenaga serantau yang lebih mampan.

Berkaitan

  • Syarikat Semikonduktor Jerman Buka Bilik Bersih 6,000 meter persegi Di Sarawak
  • Direka untuk Esports, iQOO 15R Janjikan Pengalaman Gaming Mengujakan
  • Solar Berjaya Kurangkan Bil Elektrik Fasiliti Di Klang Ini Sehingga 50%

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY