Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
MCMC Sekat Lebih 10,000 Laman Web Sejak 2022

MCMC Mula Rundingan Awam Bagi Instrumen Di Bawah Akta Keselamatan Dalam Talian 2025

Diterbitkan Februari 13, 2026 ยท Dikemas kini Februari 13, 2026 oleh Amalina Athman

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) kini memulakan Rundingan Awam berhubung cadangan kerangka kawal selia bagi Pelan Keselamatan Dalam Talian.

MCMC memaklumkan rundingan itu termasuk draf Kod Pengurangan Risiko dan Kod Perlindungan Kanak-Kanak sebagai sebahagian daripada pelaksanaan Akta Keselamatan Dalam Talian 2025 (ONSA).

Menurut MCMC, kerangka kawal selia dan draf kod tersebut bertujuan mempertingkatkan keupayaan platform dalam talian mengurus risiko keselamatan, dengan penekanan khusus terhadap perlindungan kanak-kanak, keluarga dan golongan rentan.

Melalui Rundingan Awam itu, MCMC membuka ruang kepada orang awam, pemain industri, organisasi masyarakat sivil serta pihak berkepentingan untuk membentuk ekosistem dalam talian yang lebih selamat. Ini termasuk mendapatkan pandangan berhubung keberkesanan dan kebolehlaksanaan langkah-langkah untuk meningkatkan tahap perlindungan keselamatan dalam talian.

Orang awam dijemput untuk meneliti dokumen rundingan dan mengemukakan maklum balas bertulis kepada MCMC, sama ada secara fizikal atau dalam bentuk elektronik, selewat-lewatnya pukul 5.00 petang pada 13 Mac 2026.

KENYATAAN MEDIA
MCMC MULAKAN RUNDINGAN AWAM BAGI INSTRUMEN DI BAWAH ONSA UNTUK MEMPERKUKUH KESELAMATAN DALAM TALIAN pic.twitter.com/c8WVE5UY2d

— MCMC (@MCMC_RASMI) February 12, 2026

Maklumat lanjut mengenai cadangan kerangka kawal selia bagi Pelan Keselamatan Dalam Talian serta Draf Kod Pengurangan Risiko dan Kod Perlindungan Kanak-Kanak boleh dirujuk melalui pautan rasmi yang disediakan MCMC.

Berkaitan

  • Pertama Di Dunia, Ramai Terlepas Pandang Fungsi AI Dalam realme 15 Pro Ni
  • Pelaksanaan eKYC Untuk Akaun Media Sosial Dijangka Akhir Suku Kedua 2026 - Fahmi
  • Akta Keselamatan Dalam Talian 2025 Dikuatkuasakan - Ini Perlu Diketahui
  • Salah Guna Kad SIM Bagi Tujuan Jenayah Ancam Keselamatan Komunikasi - MCMC

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Malaysia Tingkatkan Tahap Ancaman Keselamatan Siber Negara Daripada Rendah Kepada Sederhana
  • Google Umum Pelaburan AS$15 Bilion Di Malaysia, Sasar 9,000 Pekerjaan Dengan Gaji Lebih Tinggi
  • Paras Gas Karbon Dioksida Dunia Telah Meningkat 3 Kali Ganda Sejak 1960 - WMO
  • HONOR Magic9 Pro Max Dengan Pengimejan ARRI Sah Ke Malaysia, Jadi Telefon Rasmi FFM35
  • UKM Jadi Institusi Pertama Di Asia Tenggara Guna Implan Suara Boleh Laras
  • Aplikasi Shopee Kini Ada Pembantu Beli-Belah 'Migoo AI'
  • Sam Altman: RAM Lebih Baik Digunakan Di Pusat Data Berbanding PC
  • Google Akan Sekat Akses Search Untuk Pelajar Jika Sekolah Tolak AI
©2026 WISER.MY