Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
mcmc sosial media

MCMC Dan Telco Perkukuh Rangkaian Sempena Hari Raya Aidilfitri 2026

Diterbitkan Mac 19, 2026 oleh Amsyar Latif

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) bersama syarikat telekomunikasi (telco) telah mengambil langkah awal untuk memperkukuh rangkaian komunikasi sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri 2026.

Usaha ini bertujuan memastikan perkhidmatan komunikasi kekal lancar dan stabil, khususnya bagi kegunaan panggilan, mesej, internet serta komunikasi kecemasan ketika musim perayaan.

Sejak awal Mac 2026, sebanyak 866 inisiatif telah dilaksanakan di seluruh negara bagi menampung peningkatan penggunaan rangkaian. Antaranya termasuk kerja pengoptimuman rangkaian, pengaktifan dan pemodenan 5G, serta penggunaan penyelesaian sementara seperti menara komunikasi bergerak.

Selain itu, langkah turut memberi tumpuan kepada lokasi yang dijangka mengalami trafik tinggi seperti lebuh raya utama, kawasan Rehat dan Rawat (R&R), hentian sebelah serta destinasi pelancongan dan kawasan tumpuan orang ramai.

Bagi memastikan kualiti perkhidmatan kekal pada tahap terbaik, telco turut diarahkan untuk memantau prestasi rangkaian secara berterusan dan mengambil tindakan segera sekiranya berlaku gangguan.

Dalam masa sama, MCMC akan terus menjalankan pemantauan lapangan di lokasi kritikal bagi memastikan pengalaman pengguna tidak terjejas sepanjang musim perayaan.

Orang ramai juga disaran untuk menghubungi telco masing-masing atau membuat aduan melalui portal rasmi MCMC sekiranya berdepan masalah rangkaian.

Berkaitan

  • ‘Hype’ Atau Tidak, Ini Yang OPPO Reno15 Sebenarnya Boleh Buat
  • Salah Guna Kad SIM Bagi Tujuan Jenayah Ancam Keselamatan Komunikasi - MCMC
  • MCMC Mula Rundingan Awam Bagi Instrumen Di Bawah Akta Keselamatan Dalam Talian 2025

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Google Mudahkan Pemasangan Aplikasi Dari Kedai Pihak Ketiga Di Android, Malaysia Antara Negara Terawal Mulai 1 Disember
  • Syarikat Teknologi Pengiklanan Israel Didakwa Intip Pengguna Starlink
  • Pemilik Dakwa ChatGPT Bantu Temui Semula Fon Telinga Yang Hilang Sepantas 5 Minit
  • ASUS Terus Kuasai Pasaran Monitor OLED Global - Omdia
  • Kastam Gagalkan Cubaan Seludup Cip AI Bernilai RM49.5 Juta Di KLIA
  • 18 Tahun Xperia: Model Pertamanya Guna Windows Mobile, Bukan Android
  • Sony Perkenal Paparan 3D Bersaiz 6" Tanpa Perlu Cermin Mata Khas
  • Pengguna MAE Kini Boleh Bayar QR Di 8 Destinasi luar Negara
©2026 WISER.MY