Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
MCMC__new 2023

MCMC Bakal Ambil Tindakan Tegas, Kaji Semula Kawal Selia Kandungan Digital

Diterbitkan Mei 12, 2023 · Dikemas kini September 5, 2023 oleh Amalina Athman

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) memaklumkan akan mengkaji semula kerangka kawal selia sedia ada ekoran berlaku peningkatan tahap kandungan yang dieksploitasi oleh penjenayah dan individu tertentu.

Berkaitan

  • Elak 'Scam', MCMC Arah Telco Larang Pautan URL Dalam SMS - Teo
  • Maxis Tidak Benarkan Penghantaran 'Link' Dalam SMS Mulai Bulan Mei
  • "Private Number" Tidak Lagi Dibenar Digunakan - MCMC

Menurut MCMC, terdapat beberapa aplikasi Over-The-Top (OTT) dan platform media sosial yang dikatakan gagal mengawal selia penggunaan platform berkenaan, sejajar dengan kepentingan nasional dan perundangan negara. Lanjutan itu, tindakan kawal selia yang lebih ketat diperlukan bagi melindungi kepentingan pengguna dan orang awam.

MCMC menegaskan tidak akan berkompromi dengan penyalahgunaan platform dalam talian dan telekomunikasi, rangkaian atau kemudahan dalam talian untuk tujuan scam, aktiviti siber berniat jahat, phishing, kandungan yang menggugat keharmonian kaum serta penghinaan terhadap institusi Diraja.

Tindakan akan diambil bagi individu yang melanggar undang-undang.

Kebimbangan tersebut berbangkit selepas mendapati jumlah kes penipuan menunjukkan peningkatan. Jelas MCMC, sejak penubuhan Pusat Respons Scam Kebangsaan (NSRC), sejumlah 11,858 aduan berkaitan penipuan telah diterima setakat April 2023. Sementara itu, jumlah kerugian akibat scam mencecah sehingga RM1.2 bilion.

Sumber: MCMC

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY