Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
“Private Number” Tidak Lagi Dibenar Digunakan – MCMC

“Private Number” Tidak Lagi Dibenar Digunakan – MCMC

Diterbitkan Mei 10, 2023 · Dikemas kini Mei 10, 2023 oleh ariff bukhari

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) hari ini sekali lagi mengingatkan kepada semua pemberi perkhidmatan talian selular dan tetap bahawa mereka wajib patuh kepada subseksyen 3.8.1.12 Rancangan Penomboran dan Pengalamatan Elektronik (NEAP) dalam memastikan semua panggilan dan penghantaran sistem pesanan ringkas memaparkan maklumat nombor yang sebenar.

MCMC menegaskan, sebarang aktiviti yang menyembunyikan nombor pemanggil adalah tidak dibenarkan, melainkan mendapat permintaan daripada agensi-agensi penguatkuasaan undang-undang.

Ini meliputi semua panggilan dan penghantaran sistem pesanan ringkas, termasuk kepada pelanggan-pelanggan pemberi perkhidmatan itu sendiri.

Perkhidmatan CLIR (Calling Line Identification Restriction) atau “private number” yang ditawarkan oleh pemberi perkhidmatan sebagai perkhidmatan nilai tambah (“value added service”) kepada pelanggan masing-masing dengan sejumlah fi pendaftaran dan bulanan ini bercanggah dengan peruntukan sedia ada didalam NEAP yang dikeluarkan berdasarkan kepada Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (AKM 1998).

Justeru itu, semua pemberi perkhidmatan yang memberi perkhidmatan CLIR hendaklah menghentikan perkhidmatan ini dengan segera atau selewat-lewatnya 30 Jun 2022.

MCMC juga mengingatkan bahawa mana-mana pemegang penguntukan penomboran yang melanggar apa-apa peruntukan NEAP, adalah melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan dikenakan hukuman yang diperuntukkan di bawah AKM 1998.

Berkaitan

  • Rasmi: POCO F5 Pro Untuk RM2099 Dengan Snapdragon 8+ Gen 1, POCO F5 Dijana 7+ Gen 2
  • Kerajaan Tubuhkan Pasukan Petugas Untuk Pelaksanaan Dwirangkaian 5G
  • Apple Lancar Final Cut Pro Dan Logic Pro Untuk iPad

Sumber: MCMC

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY