Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
RX-7 Kembali? Mazda Sedia Hidupkan Semula Ikon Ini Menjelang 2026

RX-7 Kembali? Mazda Sedia Hidupkan Semula Ikon Ini Menjelang 2026

Diterbitkan Jun 26, 2025 · Dikemas kini Jun 26, 2025 oleh ariff bukhari

Usaha Mazda untuk hidupkan semula model ikonik mereka,  RX-7 nampaknya bakal menjadi kenyataan menerusi model pengganti yang diinspirasikan daripada kereta konsep Mazda Iconic SP.

Mazda Iconic SP telah pun ditayangkan kepada umum di Pameran Mobiliti Jepun 2023.

Ia menggunakan sistem EV rotari dua rotor yang ringan dan padat yang disokong oleh enjin rotary, satu teknologi unik yang sinonim dengan sejarah RX-7.

Sistem EV rotari dua-rotor ini pula boleh membakar pelbagai bahan bakar untuk menjana kuasa seperti menggunakan bahan api karbon-neutral seperti hidrogen.

Manakala baterinya yang boleh dicas menjadikannya hampir sifar emisi karbon.

RX-7 Kembali? Mazda Sedia Hidupkan Semula Ikon Ini Menjelang 2026

Enjin rotari akan berfungsi sebagai penjana kuasa, manakala motor elektrik akan menggerakkan kereta, sambil mengekalkan karakteristik ringan dan lincah yang pernah menjadikan RX-7 begitu popular.

Berbanding model Mazda Miata (MX-5) yang lebih kecil dan ringan yang akan terus dijual dalam versi enjin pembakaran dalaman (ICE), pengganti RX-7 ini akan tampil dengan saiz yang lebih besar.

Pengganti RX-7 ini dijangka akan dilancarkan seawal tahun 2026 akan datang.

Berkaitan

  • 'Laptop' Mahal Sangat? Tablet Ni Dah Lebih Dari Cukup
  • Kajian Terkini Dedah Bateri EV Tahan Lebih Lama Berbanding Kereta ICE
  • Nvidia Lancar GPU Mampu Milik Terbaru - RTX 5050

Sumber: CarExpert

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Kementerian Kewangan Nafi Dakwaan Caj Perkhidmatan QR Akan Dikenakan Mulai 1 November
  • TikTok Shop Naikkan Kadar Komisen Bagi Kebanyakan Kategori - Berkuat Kuasa 31 Oktober 2026
  • Prapesan iPhone Duo Kini Dibuka Di Malaysia - Harga Bermula RM9,499
  • Malaysia Percepat Reka Bentuk Cip Menerusi IP Arm, Enam Cip Tempatan Dilancarkan
  • 3 Digital Audio Player Bawah RM400
  • Senario Terburuk Krisis Iklim Di Asia Selatan, 40.5 Juta Penduduk Berisiko Jadi Pelarian Menjelang 2050
  • Genting Dan Huawei Akan Bersama Bangunkan Bandar Pintar Teknologi Di Johor
  • RAM Mahal? 8GB Sudah Cukup Untuk PC Windows 11 - Microsoft
©2026 WISER.MY