Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Maybank apple pay

Maybank: Semua Kad Visa Dan Mastercard Maybank Boleh Guna Untuk Apple Pay

Diterbitkan Ogos 8, 2022 · Dikemas kini Ogos 8, 2022 oleh Aminuddin Ahmad

Maybank telah mengesahkan bahawa mereka juga menyokong pembayaran melalui Apple Pay.

Hai Ron Asraff, terima kasih kerana merujuk kepada Maybank. Untuk makluman, ianya akan dikemaskini tidak lama lagi. Kami menghargai anda merujuk kepada laman web rasmi Maybank2u bagi sebarang maklumat terkini. Terima kasih.

— Maybank (@MyMaybank) August 8, 2022

Menjawab soalan daripada pengguna di Twitter tentang bilakah pihak bank itu akan menyokong Apple Pay, Maybank berkata mereka akan mengemaskininya dalam masa terdekat.

Bukan itu sahaja, halaman rasmi Maybank juga telah mengesahkan perkara ini.

Menurut Maybank, semua kad Visa dan MasterCard Maybank boleh layak digunakan untuk Apple Pay. Untuk AMEX pula akan disokong pada masa akan datang.

Dengan pelbagai ura-ura yang jelas, nampaknya Apple Pay akan dilancar dalam bulan ini juga.

Berkaitan

  • Apple Pay Dilapor Bersedia Untuk Pengguna Malaysia, Maybank Antara Disebut
  • Apple Pay: Shopee Malaysia Dilihat Bersedia Terima Pembayaran Melaluinya
  • Sah, Apple Pay Hadir Ke Malaysia

Beberapa jam lalu, Ambank juga diam-diam telah mengesahkan sokongan kad kredit mereka dengan Apple Pay.

Walaupun sudah disahkan Maybank, namun Wallet pada iPhone masih tidak boleh menambah kad warga tempatan. Ia mungkin boleh dilaksanakan tidak lama lagi apabila benar-benar rasmi kelak.

Ura-ura mengatakan pengumuman rasmi berkenaan Apple Pay ini akan dilangsungkan pada esok, 9 Ogos 2022.

Sumber: Maybank

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Apple Creator Studio Terima Ciri AI Baharu, Pembantu AI Kini Dalam Keynote, Pages Dan Numbers
  • Apple Lancar iMac M6, Harga Malaysia Bermula RM6,499
  • MacBook Pro 14 Inci Dengan Cip M6 Kini Rasmi - Harga Bermula RM8,299
  • Siri vivo X500 Kini Tiba Di Malaysia, Harga Bermula RM4,699
  • Malaysia Antara 10 Negara Dengan Penggunaan Data Mudah Alih Tertinggi Di Dunia
  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
©2026 WISER.MY