Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Launch Photo – MAE In Focus

MAE Kini Ada 10.7 Juta Pengguna, Tawar Pulangan 5% p.a Sempena Ulang Tahun Ke-5

Diterbitkan Oktober 29, 2025 ยท Dikemas kini Oktober 29, 2025 oleh Amalina Athman

Sejak dilancarkan pada 2020, MAE kini mempunyai 10.7 juta pengguna dan telah memproses lebih RM4 trilion transaksi digital. Ia juga menguasai 48% pasaran bagi bilangan transaksi perbankan mudah alih di Malaysia.

Ketua Pegawai Teknologi dan Digital Kumpulan Maybank, Giorgio Migliana berkongsi bahawa sembilan daripada setiap 10 pelanggan MAE Wallet menggunakan aplikasi ini secara aktif untuk urusan harian.

Bagi meraikan ulang tahun kelima MAE, Maybank turut menawarkan ganjaran kepada pelanggan setia melalui kempen ‘MAE Turns 5’.

MAE Turns 5_8

Bermula 30 Oktober 2025 hingga 31 Januari 2026, pengguna berpeluang menikmati pulangan 5% setahun dengan membuat pemindahan minimum RM200 ke dalam MAE Wallet (pindahan dari bank lain atau eWallet).

Untuk menikmati pulangan tersebut, pengguna hanya perlu mendepositkan dana minimum RM200 dan memasukkan rujukan penerima “MAETurns5” sebelum 30 November 2025, serta mengekalkan jumlah tersebut dalam MAE Wallet sehingga kempen berakhir.

MAE Turns 5_4

Selagi baki MAE Wallet adalah sama atau lebih tinggi daripada jumlah pindahan itu, pengguna akan menerima pulangan 5% setahun yang akan dikira secara harian.

Pindahan yang layak termasuk pindahan antara bank (IBG/IBFT), DuitNow Transfer atau DuitNow QR daripada akaun pihak ketiga atau eWallet.

Untuk butiran lanjut, rujuk laman rasmi Maybank.

Berkaitan

  • Maybank Kini Benarkan Tukar Had Pemindahan Dalam Aplikasi MAE, Ini Caranya
  • Pertama Di Dunia, Ramai Terlepas Pandang Fungsi AI Dalam realme 15 Pro Ni
  • Tetapan Semula Kata Laluan Maybank2u Kini Hanya Melalui Aplikasi MAE
  • Kelulusan Secure2u Di MAE Kini Perlukan Pengesahan Biometrik

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Pulau Pinang Sedang Bangunkan Pulau Silikon, Bakal Tawar 220,000 Peluang Pekerjaan
  • 3 Headphone ANC Bawah RM200
  • Kadar Tambang ECRL Akan Diumumkan Menjelang Akhir Oktober - Operasi Disasar Bermula Pertengahan Disember
  • Tiket Tonton Filem Dan Teater Di Wilayah Persekutuan Dikecualikan Duti Hiburan
  • Belanjawan 2027: Belia Lengkapkan Jam Sukarelawan Layak Terima RM100 E-Dompet Secara 'One-Off'
  • Belanjawan 2027: Kerajaan Tambah 100,000 Langganan AI Percuma, Termasuk ChatGPT
  • TNB Labur RM15 Bilion Perkukuhkan Grid Nasional
  • Belanjawan 2027: NSRC Akan Bangunkan Aplikasi AI, Bantu Pengguna Semak Butiran Mencurigakan
  • Pas MyKomuter50 Diperkenalkan, Pengguna Jimat Sehingga RM160/bulan
  • Belanjawan 2027: Peminjam PTPTN Berpendapatan RM2,500 Ke Bawah Boleh Tangguh Bayaran Balik
©2026 WISER.MY