Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
belanjawan 2023 5g dnb

Rasmi: DNB Kekal Sediakan 5G Sehingga Hujung 2023, Beralih Ke Sistem Dwirangkaian Tahun Depan

Diterbitkan Mei 3, 2023 · Dikemas kini Mei 3, 2023 oleh Aminuddin Ahmad

Pelaksanaan 5G di Malaysia akan diteruskan dengan Digital Nasional Berhad sebagai pemborong tunggal sehingga mencapai 80% liputan menjelang hujung 2023, umum Menteri Komunikasi dan Digital dalam siaran langsung tadi.

Jelas Menteri, pelaksanaan 5G akan dijalankan dalam 2 fasa iaitu fasa pertama akan dijalankan oleh DNB sehingga mencapai 80% COPA (liputan kawasan berpenduduk) menjelang 2023.

Berkaitan

  • Kerajaan Dilapor Rancang Perkenal Rangkaian 5G Kedua Untuk Pecah Monopoli
  • Rangkaian Kedua 5G Untuk Saingi DNB? Ini Jawapan Fahmi Fadzil
  • CelcomDigi Lanjutkan Akses 5G Percuma Hingga 31 Mei 2023
  • EU, AS Beri Amaran Kepada Malaysia Mengenai Risiko Keselamatan Rangkaian 5G Huawei

Manakala, fasa kedua yang dijadual bermula pada awal 2024 pula ialah peralihan pada model dwirangkaian namun DNB masih akan terus berfungsi.

dnb dwirangkaian 5g

Ini bermakna pada 2024, bukan hanya DNB akan membangunkan infrastruktur 5G lantas tiada isu monopoli dalam penyediaan rangkaian ini.

Semalam, kami ada laporkan bahawa Kesatuan Eropah dan Amerika Syarikat telah memberi amaran pada Malaysia tentang keselamatan dan pelaburan dari luar jika mahu menggunakan kelengkapan 5G daripada Huawei.


Walaupun banyak yang mendakwa Entiti B ini ialah Huawei, namun ia belum didedahkan dan komposisi telco dalam kedua-dua entiti juga kelak diputuskan.

Tambah Fahmi Fadzil, liputan 5G juga sudah mencapai 57.8% kawasan berpenduduk seluruh Malaysia.

Sumber: KKD

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY