Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
maxis 5g

Maxis Pilih Nokia Untuk Bina Sebahagian Ekosistem Teras 5G

Diterbitkan Mac 12, 2024 · Dikemas kini Mac 12, 2024 oleh ariff bukhari

Maxis Berhad (Maxis)dan Nokia telah memperdalamkan kerjasama mereka untuk memacu ketersambungan generasi akan datang.

Maxis dalam satu kenyataan memaklumkan, perluasan kerjasama jangka panjang mereka memfokuskan kepada dua bidang: kolaborasi untuk meningkatkan keselamatan dan kebolehpercayaan rangkaian, serta pelantikan Nokia oleh Maxis sebagai sebuah rakan untuk membina sebahagian daripada ekosistem Teras 5G Maxis bagi memenuhi keperluan ketersambungan masa hadapan.

“Maxis gembira dapat mendalamkan lagi kerjasama kami dengan Nokia, melanjutkan hubungan kerjasama jangka panjang kami sejak dua dekad yang lalu dan merintis dalam bidang ketersambungan. Sebagai penyedia telekomunikasi bersepadu yang terkemuka di Malaysia, kami mengharapkan kerjasama yang lebih rapat dalam menginovasi merentas ekosistem rangkaian kami serta penawaran 5G. Ini akan memastikan kami bersedia pada masa hadapan bagi memenuhi permintaan pelanggan yang terus meningkat untuk ketersambungan yang pantas, selamat dan boleh dipercayai,” kata Goh Seow Eng, Ketua Pegawai Eksekutif Maxis.

Sebagai sebahagian daripada kolaborasi tersebut, Maxis juga akan bekerjasama dengan Nokia untuk menerokai pelaksanaan teknologi yang lebih baharu bagi mengukuhkan lagi rangkaian Maxis, meningkatkan keselamatan dan kebolehpercayaan.

Ini termasuk rangkaian optik selamat kuantum (quantum-safe optical networking) yang melindungi daripada ancaman kedua-dua komputer klasikal dan kuantum.

Berkaitan

  • Huawei MatePad Pro 13.2, Tablet Besar Dan Berkuasa Macam 'Laptop' Tapi Ringan
  • Siri Redmi Note 13, Ciri 'Flagship' Kini Ada Pada 'Midrange'
  • Ini Tiga Telefon Paling 'Trending' Dan Dicari-Cari Pada Tahun 2023

Sumber: Siaran media Maxis

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY