Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Maxis store_maxis press

Maxis Dinobat Sebagai Ikon Transformasi Rangkaian

Diterbitkan Mac 16, 2026 oleh ariff bukhari

Maxis telah diiktiraf sebagai Network Transformation Icon – Performance di The Fast Mode Awards 2025.

Anugerah ini memberi pengiktirafan kepada telco yang mampu menggabungkan perancangan mantap dengan pelaksanaan teknikal cemerlang dalam transformasi rangkaian.

Pencapaian Maxis ini hasil kejayaan mereka memodenkan rangkaian teras Evolved Packet Core (EPC) kepada seni bina berasaskan awan yang modular.

Maxis Dinobat Sebagai Ikon Transformasi Rangkaian

Pendekatan ini menghapuskan titik kegagalan tunggal, meningkatkan kebolehskalaan serta ketahanan rangkaian.

Infrastruktur baharu ini membolehkan naik taraf perisian secara langsung, penskalaan sumber masa nyata dan keutamaan aplikasi OTT (Over-The-Top) untuk mengurus trafik dengan lebih cekap.

Keupayaan ini memastikan pengalaman pengguna yang konsisten tanpa gangguan semasa pelancaran perkhidmatan baharu.

Selain itu, integrasi API terbuka membolehkan kerjasama dengan penyedia pihak ketiga untuk membangunkan perkhidmatan digital inovatif merentas industri.

“Kami berbesar hati dengan pengiktirafan ini, yang menjadi motivasi untuk kami terus menambah baik rangkaian kami apabila permintaan untuk perkhidmatan digital semakin meningkat.” – Yap Chee Sun, Ketua Pegawai Rangkaian Maxis

Anugerah The Fast Mode Awards 2025 berlangsung di Kuala Lumpur, dengan pemenang dipilih daripada lebih 300 pencalonan yang dinilai oleh panel pakar industri global.

Kategori Performance menilai kejayaan syarikat telekomunikasi dalam melaksanakan program rangkaian yang kompleks, termasuk kekuatan strategi, perancangan, dan kepakaran teknikal.

Berkaitan

  • Kami Dah Putus Asa “Dera” vivo V60 Lite 5G Ni
  • Maxis Bekerjasama Dengan U Mobile Bangunkan Infrastruktur Mudah Alih Sepanjang Jajaran ECRL
  • Rangkaian Maxis Kini Dipacu Firewall AI Saring Panggilan Suara Dan SMS

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Mini PC ASUS ProArt GR1X Dengan NVIDIA RTX Spark Berharga RM25,200 Di Malaysia
  • Tiga Angkasawan Termasuk Seorang Dari Pakistan Berjaya Berlepas Ke Stesen Angkasa Tiangong
  • YTL AI Lab Lancar Cikgu ILMU, AI Percuma Bantu Ibu Bapa Bimbing Pembelajaran Anak
  • XPENG Perkenal WorldGPT, Model AI Fizikal Untuk Kereta, Robot Dan Dron
  • Kioxia Bangunkan Memori Flash Baharu, 135% Lebih Cekap Tenaga Ketika Membaca Data
  • Samsung Lancar Monitor Gaming Dengan Kadar Segar Semula 1,100Hz Pertama Di Dunia
  • Kerajaan Teliti Pindaan Undang-Undang Bagi Paparan Kad Pengenalan Secara Digital – Gobind
  • Huawei Bebas Tuduhan Jenayah Terancang Di AS, Bersalah Atas 10 Pertuduhan Lain
©2026 WISER.MY