Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Maxis Akan Jadikan KotaSAS Bandar Pintar Termaju Di Pahang

Maxis Akan Jadikan KotaSAS Bandar Pintar Termaju Di Pahang

Diterbitkan Julai 24, 2026 ยท Dikemas kini Julai 24, 2026 oleh ariff bukhari

Tanah Makmur Berhad (TMB) menerusi anak syarikatnya, KotaSAS Sdn. Bhd., kini menjalin kerjasama strategik bersama Maxis Berhad untuk mentransformasikan KotaSAS menjadi sebuah bandar pintar termaju di Pahang.

Kerjasama ini bakal memacukan KotaSAS sebagai Pusat Perniagaan Sentral (CBD) baharu Kuantan serta pusat pentadbiran moden negeri.

Melalui memorandum persefahaman (MoU) yang dimeterai, Maxis bakal menyediakan menyediakan liputan mudah alih yang komprehensif. dan gentian optik berprestasi tinggi untuk lebih 4,000 kediaman dan premis perniagaan.

Selain itu, pelbagai prasarana pintar berteknologi hijau akan diperkenalkan, seperti lampu jalan pintar, sistem tenaga solar, meter tenaga digital, lampu isyarat pintar, dan papan iklan elektronik.

Maxis Akan Jadikan KotaSAS Bandar Pintar Termaju Di Pahang
Maxis secara eksklusif menyediakan Wi-Fi rumah dan pejabat, serta penyelesaian tenaga solar, membolehkan gaya hidup yang terhubung dan mampan untuk penduduk dan perniagaan di KotaSAS.

Kedudukan KotaSAS yang terhubung terus dengan Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) turut mengukuhkan peranannya sebagai hab ekonomi utama di Pantai Timur.

Kerjasama ini bukan sahaja menawarkan gaya hidup serba moden dan mampan buat penduduk setempat, malah menyokong agenda transformasi digital negara.

Berkaitan

  • Maxis Dinobat Sebagai Ikon Transformasi Rangkaian
  • Ini Sebab Mengapa OPPO Reno16 Pro Peranti Terbaik Untuk Kaki Vlog
  • Maxis Siasat Insiden Pendedahan Butiran Akaun Pelanggan, Dakwa Libatkan Tindakan Tanpa Kebenaran

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY