Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
cooling system_arab saudi haji 2025

Masjidil Haram Aktifkan Sistem Penyejukan Terbesar Di Dunia

Diterbitkan Jun 3, 2025 · Dikemas kini Jun 3, 2025 oleh Amalina Athman

Pihak Berkuasa Am bagi Penjagaan Hal Ehwal Masjidil Haram dan Masjid Nabawi telah mengaktifkan sistem penyejukan terbesar di dunia dengan kapasiti keseluruhan sebanyak 155,000 tan, sebagai sebahagian daripada persediaan musim Haji 1446H.

Infrastruktur penyaman udara di Masjidil Haram bergantung kepada dua stesen utama, iaitu Stesen Al-Shamiya dengan kapasiti 120,000 tan serta Stesen Ajyad dengan kapasiti 35,000 tan. Kedua-dua stesen ini meliputi seluruh kompleks masjid, termasuk kawasan perluasan.

Masjidil Haram Aktifkan Sistem Penyejukan Terbesar Di Dunia
Masjidil Haram Aktifkan Sistem Penyejukan Terbesar Di Dunia
Masjidil Haram Aktifkan Sistem Penyejukan Terbesar Di Dunia

Selain mengekalkan suhu sederhana antara 22°C hingga 24°C, sistem ini dilengkapi teknologi penulenan yang mampu menyingkirkan 95% bahan pencemar di udara bagi memastikan kualiti udara kekal bersih dan selamat untuk jemaah.

Pihak berkuasa turut menjalankan penyelenggaraan secara proaktif dan berterusan, termasuk penggantian komponen utama, jaminan keselamatan tapak kerja serta pengurusan sumber yang cekap bagi memenuhi permintaan tinggi sepanjang musim haji.

Berkaitan

  • Ini Teknologi Bilik Darjah Yang Ramai Tak Sangka Dah Ada Di Malaysia
  • Jemaah Malaysia Kini Ada ‘MyKad Haji’ — Ini Teknologi Di Sebalik Kad Nusuk
  • Jemaah Haji Di Masjidil Haram Kini Dibantu Robot AI
  • Cuaca Ekstrem Ketika Haji, Arab Saudi Guna AI & Dron Pantau Jemaah

Sumber: Saudi Gazette

Gambar utama: X/AlharamainSA

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Mini PC ASUS ProArt GR1X Dengan NVIDIA RTX Spark Berharga RM25,200 Di Malaysia
  • Tiga Angkasawan Termasuk Seorang Dari Pakistan Berjaya Berlepas Ke Stesen Angkasa Tiangong
  • YTL AI Lab Lancar Cikgu ILMU, AI Percuma Bantu Ibu Bapa Bimbing Pembelajaran Anak
  • XPENG Perkenal WorldGPT, Model AI Fizikal Untuk Kereta, Robot Dan Dron
  • Kioxia Bangunkan Memori Flash Baharu, 135% Lebih Cekap Tenaga Ketika Membaca Data
  • Samsung Lancar Monitor Gaming Dengan Kadar Segar Semula 1,100Hz Pertama Di Dunia
  • Kerajaan Teliti Pindaan Undang-Undang Bagi Paparan Kad Pengenalan Secara Digital – Gobind
  • Huawei Bebas Tuduhan Jenayah Terancang Di AS, Bersalah Atas 10 Pertuduhan Lain
©2026 WISER.MY